Lelaki Diajak Putus Tunang Gara-Gara Ajak Bincang Harga Gaun Kahwin Mahal

Berbelanja untuk majlis perkahwinan pada hari ini, kosnya semakin besar. Jadi, amatlah penting untuk bijak dalam berbelanja.

Namun begitu, ramai yang cuba sedaya upaya untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka satu acara yang gilang gemilang.

Jadi, walaupun agak mahal bayarannya, tetap juga pasangan pengantin memenuhinya.

Ini kerana semua orang akan berharap perkahwinan mereka akan kekal dan hari itu hanya sekali dalam seumur hidup mereka.

Di Kanada, ada pasangan tunang yang terpaksa putus kerana kes perbelanjaan perkahwinan yang mahal.

Si gadis sudah meminta tunangnya untuk membelikan gaun kahwin yang cantik bak puteri raja.

Music Video GIF by Christie Huff - Find & Share on GIPHY

Namun si lelaki pula agak kurang berkenan dengan harga baju perkahwinan tersebut yang sangat mahal.

Lalu Josh meminta pandangan rakan-rakannya di media sosial, adakah mereka berdua membuat pilihan yang betul untuk membeli baju kahwin tersebut? Ataupun harga baju itu terlalu mahal.

Josh tidak begitu pasti dengan harga baju tersebut, kerana dia tak reti. Dia cuma mahu mengelak daripada membayar terlalu tinggi. Dan mana tau di tempat lain, ada yang lebih murah.

Josh menyatakan bahawa, dia dan tunangnya Emma sudah berbelanja $10,000 seorang untuk perkahwinan mereka.

Dan selepas tolak sana, tolak sini, tinggallah $6,000 yang beliau rasakan cukup untuk bulan madu mereka.

Beliau menulis: “Kami berdua sudah melabur 10k seorang untuk perkahwinan ini. Sekarang ni semua benda kami dah bayar dan tinggal 6k saja untuk bulan madu, yang kami sudah bayar.”

“Kami bukanlah nak semuanya serba mewah. Cuma Emma kali ini memilih bajunya – itu yang agak mahal.”

“Saya tahu, sekarang ni apabila nak kahwin semuanya mahal. Cuma saya tak menyangka yang satu baju Emma bernilai $950 [RM3,800] dan ditambah $120 [RM480] untuk veil!”

Shocked Shopping GIF - Find & Share on GIPHY

Josh kemudian menyatakan wang itu mungkin lebih baik dibelanjakan untuk perkara lain.

Malah, Josh sendiri memakai tuksedo ayahnya untuk perkahwinan itu dan dia mencadangkan Emma memakai gaun kahwin emaknya yang masih cantik.

Josh kemudian berkongsi, hasil carian beliau di internet, ada gaun yang hampir serupa dengan gaun tersebut hanya dijual sekitar $50 sehingga $150.

“Ianya cuma baju. Ada baju yang hampir sama di online dengan kos yang jauh lebih rendah.”

“Saya mulanya ingat dia akan teruja apabila mendapat tahu ada gaun yang hampir serupa dengan harga lebih murah. Namun malangnya, dia sangat marah dan kecewa.”

Keadaan menjadi lebih buruh apabila tunangnya mendapat tahu perbincangan mereka itu.

Dan Emma telah memarahi Josh kerana menurutnya membawa hal peribadi mereka kepada umum

Emma mulai bertengkar dengan Josh di media sosial. Namun pengguna lain di situ, menyatakan, tiada salahnya Josh berkongsi di platform tersebut. Kerana dia mahu mendengar pandangan tentang baju itu.

Malah ada yang menuduh Emma terlalu emosi dengan perbincangan dibawa Josh. Malah ada yang menuduh Emma tak matang.

Emma kemudian tampil dengan hujah, baju itu sudah murah, sebenarnya baju seperti itu biasanya dijual lebih mahal. $1,000 adalah murah berbanding kualiti baju online yang hanya dijual $150.

Emma mahu menggunakan kuasa vetonya untuk baju yang dia akan pakai. Dia tak mahu orang lain masuk campur.

Emma kemudian berkata: “Jika kamu tak mampu membeli baju semahal itu, mungkin kamu masih belum cukup bersedia untuk berkahwin.”

Semua orang di situ terkedu.

Dan tidak lama kemudian, Josh memberitahu bahawa Emma mengajaknya putuskan pertunangan.

Ada juga yang membekap tindakan Emma dan menuduh Josh taik idung masin. Takkan dah spent 14k masih kedekut nak beli baju idaman pasangannya itu yang hanya $955. Tak luak pun duit $6,000 baki tu, kata mereka.

Ramai menganggap tindakan Emma itu betul.

 

Jangan memain wei dengan hal baju kahwin ni. Lebih baik kau tumpu hal lain.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan