Lelaki Ditipu Dengan ‘Filter’, Tinggal 3 Tahun Dengan ‘Unty’ Yang Selama Ini Teman Wanitanya

Percintaan jarak jauh antara trend popular pada masa kini. Banyak platform digunakan untuk mencari pasangan dan bercinta jarak jauh sebelum bertemu secara berdepan.

Di China, seorang lelaki di Hangzhou mendapati dirinya selama ini telah ditipu seorang unty yang dia ingat selama ini wanita muda.

Lelaki itu bercinta dengan unty tersebut selama 3 tahun. Yang juga sebenarnya teman wanitanya selama ini.

Lu bertemu Yang

Lelaki yang bernama Lu itu mengenali wanita bernama Yang. Lu berusia 28 tahun, bertemu dengan cinta hatinya Yang pada September 2017 dalam platform jual beli barangan terpakai.

Yang ketika itu meminta bantuan Lu tentang cara mengenali produk original atau fake. Lu yang pakar dalam perkara sebegitu telah membantu wanita itu dan mulai bersembang lebih rapat.

Pada November, Yang menyatakan kesedihannya kepada Lu kerana dipaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan dia cintai. Dan dia  merancang untuk melarikan diri dari rumah.

Lu mahu membantu Yang, dan pergi ke Fuyang dari Yangzhou, kira kira 400km. Lima jam perlawanan dengan kereta.

Di Fuyang, Lu tinggal di sana beberapa bulan. Namun gagal bertemu dengan Yang walaupun sekali. Banyak alasan diberikan wanita itu.

Kemudian Lu bertemu dengan emak saudara ataupun mak cik kepada Yang. Mak cik wanita itu bernama Xu. Menurut teman wanitanya, mak ciknya itulah yang membantu dia menghentikan perkahwinan paksa itu ketika dia mengancam lari dari rumah.

Pada malam tahun baru, Lu ke Fuyang sekali lagi untuk berjumpa dengan aweknya itu. Namun sekali lagi gagal. Kali ini alasan Yang adalah dia dalam pemerhatian ketat oleh keluarganya dan dan hanya dibenarkan menggunakan telefon dalam masa yang sekejap sahaja.

Lu agak kecewa namun Yang memberikan harapan baru kepadanya, di mana cinta hatinya itu menyatakan mak cik akan bertemu dengan keluarga Lu di Hangzhou untuk membincangkan soal hubungan mereka dengan lebih serius.

Lalu Lu merasakan bahawa Yang sebenarnya sengaja menduga kesetiaannya dan dia sedia membuktikannya.

Tinggal serumah

Pada Jun 2021, Xu – emak saudara Yang – datang bertemu dengan Lu. Xu ketika itu menyatakan dia kehilangan kerja dan Lu menawarkan agar emak saudara aweknya itu tinggal sahaja di rumahnya.

Xu kemudian membantu Lu menjalankan perniagaan barangan terpakai.

Lu selalu bertanya kepada Xu, bila dia boleh bertemu dengan Yang. Xu menyatakan bahawa keluarga Yang sangat tegas sekarang ini. Segala gerak geri Yang diperhatikan selepas dia cuba melarikan diri demi Lu.

Xu kemudian menyatakan sekarang ini, kalau Lu nak bercakap dengan Yang, sangat susah. Lalu Xu menyatakan bahawa dia akan membantu kedua duanya berhubung dengan menyusun jadual bila Lu dan Yang boleh bercakap di telefon.

Xu menegaskan, dia akan menghubungi Yang dulu untuk memastikan line clear baru mereka berdua boleh bersembang dan bercakap menerusi telefon. Itupun Lu masih tidak mengesyaki sebarang perkara pelik.

Bukan itu sahaja, Xu meminta Lu membuat panggilan dari tingkat bawah rumahnya untuk mengelakkan jiran mereka salah anggap tentang mereka pulak.

Seterusnya, Xu mengingatkan Lu agar dia hanya boleh mendengar suara Yang menerusi telefon, dan kurangkan panggilan video.

Lu kemudian merasakan ada sesuatu yang tak kena selepas beberapa permintaan pelik dibuat wanita tua itu.

Sepanjang 3 tahun mereka bercinta, Yang selalu meminta Lu mengirimkan wang kepadanya. Yang berkata wang itu dia akan simpan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Oleh sebab mendengar teman wanitanya merancang berkahwin dengannya, Lu tanpa banyak songeh menghantar wang sebanyak RMB10k ataupun RM6,450 dalam tempoh tiga tahun.

\

Unty teman wanitaku adalah teman wanitaku

Penipuan Yang terbongkar pada 20 Ogos lalu ketika Lu cuba membantu Xu menukar temper glass pada telefon pintar mak cik teman wanitanya itu.

Telefon Xu ketika itu dibuka kuncinya dan Lu melihat notifikasi pada mesejnya. Dia kemudian membukanya kerana tak sedap hati.

Dia melihat mesej dan membuka aplikasi media sosial WeChat mak cik tersebut. Dia melihat mak cik teman wanitanya itu contact dengan beberapa lelaki dan menggunakan ayat yang sama digunakan Lu kepadany.

Lu seterusnya memasang perakam di bilik Xu untuk merakam perbuatan Xu ketika dia menelefon Yang. Dia mahukan kepastian adakah dia selama ini ditipu.

Xu ternyata menyebut perkataan yang sama seperti yang dia dengar di tingkat bawah ketika berbual dengan Yang.

Dia membuat pengesahan kedua pada 22 Ogos. Dan dia akhirnya sedar bahawa teman wanita di alam mayanya selama ini tinggal dengannya selama 3 tahun. Dan dia adalah mak cik benama Xu yang merupakan ‘mak cik’ kepada Yang.

Pada 23 Ogos, Lu membuat laporan polis tentang penipuan itu yang dianggap lovescam. Lovescam ni sangat banyak berlaku sekarang ni.

Polis mendapati banyak bukti kukuh menyokong aduan Lu dan mereka memanggil Xu ke balai.

Xu pada awalnya hanya terdiam ketika disiasat, tetapi tidak dapat menafikan fakta bahawa dia telah melakukan jenayah yang tidak boleh disangkal.

Dia mengakui dia mencipta watak Yang dan sudah membelanjakan kesemua wang yang diberikan Lu kepadanya.

Selain daripada menggunakan alter ego sebagai Yang, Xu mencipta banyak lagi watak lain termasuk ibu tunggal yang seksi, gadis malang yang cantik. Kesemuanya watak itu dibuat menunjukkan bahawa mereka mahu mencari pasangan yang baik.

Dia akan menggunakan filter di telefon pintar ketika mengambil gambar ataupun sembang video.

China memang ramai yang tertipu dengan filter ni. Sama juga dengan negara lain ye. Ada satu lagi kisah sebelum ni seorang streamer memperdaya pengikutnya. Korang boleh baca artikel di bawah ni.

BACA JUGA: Kisah Sang Maharani Kantoi Pakai Filter Untuk Tampil Persis Kpop Idol & Mengaut Lebih RM58K Daripada Subscribers

Salah seorang ‘streamer’ popular dan ‘hot’ di China bernama Qiao Bi Luo Sama ataupun Maharani Qiao Bi Luo telah terkantoi apabila wajah sebenarnya terdedah, gara-gara kegagalan filter pada telefon pintar beliau.

Bi Luo memulakan karier sebagai streamer di Douyu sejak 17 Jun 2019. Dan selepas itu, beliau menjadi streamer yang paling tinggi diikuti oleh peminat.

Bi Luo banyak berkongsi aktiviti permainan videonya di salurannya. Dengan wajah yang putih melepak dan ala-ala gadis Kpop, maka ramailah pengikut yang memberikan sumbangan kepadanya.

Qiao Bi Luo Sama memiliki suara gadis yang comel dan sepanjang dia menjadi streamer, beliau telah menggunakan filter yang menampakkan beliau seorang yang comel dan gadis idaman semua lelaki.

Pada hari ini banyak sekali aplikasi penapis wajah yang membantu penggunanya mengubah wajah sama ada nak bertukar jantina, nak jadi lebih muda, nak jadi lebih tua dan sebagainya.

Kecomelan Bi Luo membuatkan ramai pengikutnya menggelarnya Lolita. Ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menyokong channel sang Maharani.

Pada suatu hari, nasib Qiao Bi Luo Sama tidak baik. Telefonnya mengalami ralat pada fungsi filter. Tanpa beliau sedari, Qiao Bi Luo meneruskan sesi strim bersama seorang lagi rakannya.

Rakan atas taliannya itu awalnya agak terkejut. Namun beliau meneruskan sesi itu kerana mahu menjaga hati Qiao Bi Luo.

Paling menarik, dalam sesi yang sama Qiao Bi Luo Sama berjanji akan mendedahkan wajahnya tanpa filter, jika beliau mendapat 100,000 pelanggan saluran.

Para pengikutnya mulai tergelak kerana mereka baru sahaja melihat wajahnya yang dianggap seperti seorang nenek. Imej dan video itu ditukarkan dan Qiao Bi Luo Sama telah memadam saluran strimnya dan meninggalkan platform.

Ternyata Maharani adalah wanita pertengahan usia yang menyamar menjadi wanita 20-an.

Sepanjang menjadi penstrim tegar, Bi Luo dipercayai menjana sekitar $14,000 ataupun sekitar RM58,000.00 kerana mendapat banyak sokongan daripada peminat tegarnya.

Perkara itu mengundang banyak kecaman. Ada juga yang berada sangat menyesal kerana selama ini tertipu dan memberikan hadiah kepada Qiao Bi Luo Sama.

Mereka menganggap ini adalah satu penipuan dan fraud.

Ada juga meminta pulang wang sumbangan mereka. Tak kurang juga yang rasa menyesal tak sudah kerana selama ini menganggap mereka melayan seorang wanita comel.

Bagi kami, lebih baik jadi diri sendiri. Dan selamat berjaya kepada semua streamer yang ada di dunia ini.

Cuba tengok Maharaja Soloz kan, rileks je tak payah nak menipu orang.

Ini bukan kes biasa di China dan di mana sahaja di dunia. Sebelum ini seorang IG Famous kantoi menipu peminatnya dengan edit gambar melampau dan dia pulak yang balik nak saman orang yang mendedahkan perkara sebenar.

Kes Rosa Yin

Seorang IG famous dengan nama Rosa Yin/@Enrosa telah memadam akaun instagramnya. Ini kerana dia kantoi menyunting gambarnya agar menjadi lebih kurus dan slim.

Pic Shows: Instagram blogger Rosa Yin;
A disgraced blogger selling dietary products via Instagram has deleted her account after an earth-shattering ‘behind-the-scenes’ snap revealed she had been Photoshopping her pictures to make herself look skinny.

Malah sebelum ini Rosa Yin turut galak mempromosikan beberapa produk untuk jadi kurus ‘macam dia’.

Ketika sedang bergambar untuk dimuat naik ke dalam IG, Ada pihak yang melihat Rosa Yin sedang berposing maut dekat sebuah kereta mewah.

Pic Shows: Instagram blogger Rosa Yin’s latest snap showing her posing next to a Mercedes-Benz;
A disgraced blogger selling dietary products via Instagram has deleted her account after an earth-shattering ‘behind-the-scenes’ snap revealed she had been Photoshopping her pictures to make herself look skinny.

Gambar tersebut memaparkan Rosa Yin bukannya kurus seperti dia di IG. Dia melakukan suntingan yang sangat ekstrim, jauh daripada rupa dia sebenar.

Gambar itu telah menjadi bualan ramai di IG terutama sekali di kalangan pengikutnya yang kecewa. Ada yang mempersendakannya.

Pic Shows: A secret behind-the-scenes snap of Instagrammer Rosa Yin appeared to suggest she had been Photoshopping her pictures;
A disgraced blogger selling dietary products via Instagram has deleted her account after an earth-shattering ‘behind-the-scenes’ snap revealed she had been Photoshopping her pictures to make herself look skinny.

Akibat malu, Rosa Yin telah melancarkan perang untuk mencari dalang tersebut daan bertekad mahu menyaman mereka yang bertanggungjawab di atas penyebaran imej itu.

Namun malang sekali Rosa Yin tak dapat mencari siapakah orangnya. Rosa Yin turut mengugut sesiapa sahaja yang memuat naik dan berkongsi imej tersebut – bakal dilaporkan ke balai polis.

Dan akhir sekali dia menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat kepadanya tentang orang yang mengambil gambar dan menyebarkannya.

Rosa menulis: “Jika korang ada melihat ada orang yang berkongsi gambar yang diambil secara curi, berikan saya maklumat nombor telefon, dan maklumat peribadi mereka.”

“Nanti aku bagi korang ganjaran TWD2,000  [RM287]. ”

“Dan jika korang dapat tahu siapa yang sebenarnya mengambil gambar itu, saya akan bagi TWD16,800 [RM2,410].”

“Inilah peluang korang nak buat duit.”

“Jika ada kawan korang yang berkongsi gambar ini di media sosial mereka, korang boleh screenshot, maklumkan kepada saya. Kamu akan dapat ganjaran juga.”

Rosa menjual produk untuk menguruskan badan menerusi platform e-commerce, Shopee.

Rosa turut menggunakan instagram untuk memperomosikan produk tersebut dan memberikan testimoni tentang keberkesanan produk.

Sehinggalah dia kantoi dengan gambar yang tak disunting. Ramai orang Taiwan membincangkan perkara itu di ruangan forum atas talian.

Akibat sudah rasa buntu dan kecewa, Rosa akhirnya memadamkan akaun IG nya. Namun sebelum itu, dia sempat memberitahu bahawa dia ada urusan di balai polis.

Sumber: MothershipSG

Baca yang lain