Lelaki Ini Kembali Selepas 10 Tahun Tersesat Di San Siro, Namun ‘Bentara Guru’ Tak Mempercayai Ceritanya

Bagi peminat bola sepak yang suka mengembara pada away day, pasti ada banyak cerita luar biasa. Salah satu kisah away day paling legenda dalam sejarah bola sepak adalah melibatkan Rolf Bantle.

Seorang peminat bola sepak secara menakjubkan mendakwa dia akhirnya tertidur dan menjadi gelandangan di Milan selama SEDEKAD selepas tersesat selepas perlawanan di stadium San Siro.

Seorang pesara dari Switzerland Rolf Bantle pergi ke Itali pada 2004 untuk menonton FC Basel dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menentang Inter Milan.

Dia kemudian mencari tandas di San Siro. Ketika mencari tandas, dia tersesat di stadium tersebut dan terpisah daripada kelompok penyokong away.

Rolf mendakwa dia cuba mencari rakan rakannya, namun keadaan di situ benar benar mengelirukannya.

Gergasi Serie A, Inter Milan menang 4-1 malam itu, tetapi keadaan menjadi lebih buruk untuk Bantle. Dia akhirnya tidur di tepi jalan selama 10 tahun di sekitar janalan Milan selepas tersesat di San Siro,

Bantle yang tahu dia sudah terlepas penerbangan balik ke Basel, kemudian memilih untuk kekal di Milan dan akhirnya menghabiskan sepuluh tahun menjadi gelandangan di sana.

Menjelaskan kisah luar biasanya kepada Schweiz am Sonntag pada 2015, Bantle berkata: “Saya tiba-tiba berada di sektor yang berbeza.”

Rolf memutuskan untuk terus menikmati Bandar Milan yang ikonik. Bukan semua orang merasai pengalaman di Milan.

“Saya mempunyai kira-kira €20 dalam poket saya dan tiada telefon jadi saya merayau rayau ke sekitar bandar Milan.”

A Basel football fan ended up living on the streets of Milan for ten years after losing his way while leaving the Italian city’s San Siro stadium, where he had been watching his team play Inter Milan, according to a Swiss media report. Rolph Bantle , who had survived as a street person in Milan since 2004, was without health insurance, which apparently led Italian authorities to contact the consulate.

“Orang ramai memberi saya makanan dan rokok, dan seorang pelajar menawarkan saya beg tidur.”

Dia dilaporkan hilang selepas perlawanan tetapi dia mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai saudara terdekat dan telah tinggal di pusat pemulihan kerana mabuk sebelum perjalanannya ke Milan.

Bantle dapat mandi setiap minggu di tandas awam dan selalu mengunjungi perpustakaan tempatan untuk menghiburkan dirinya.

Dia selesa dengan kehidupan di Milan dan berkata: “Saya tidak ada lagi alasan untuk pulang.”

“Saya menikmati kebebasan Milan.”

Bantle memutuskan untuk kembali ke Switzerland selepas terlibat dalam satu kemalangan menyebabkan patah tulang paha.

Dia dibawa ke hospital Itali, di mana pekerja hospital kemudian menyedari dia tidak mempunyai insurans kesihatan dan segera menghubungi konsulat Switzerland, yang kemudian mengatur untuk membawanya pulang ke rumah.

Bantle tinggal di rumah persaraan di Switzerland bersama dengan isterinya pada masa wawancaranya. Dan ketika itu, dia benar benar elihatan gembira kerana tidak lagi tinggal di jalanan sebagai gelandangan.

Dia menambah: “Saya suka di sini. Sepuluh tahun sudah cukup dan di sini saya berasa sangat baik sekarang.”

Dia berkongsi kisah itu dengan isterinya. Malangnya, bentara guru tidak mempercayainya.

Isterinya menganggap selama ini dia sengaja lesap di sekitar Switzerland. Takkanlah orang seperti suaminya itu mampu pergi sampai ke Milan dan tinggal di bandar terkemuka itu untuk sedekad.

Isterinya jelas tak gembira dengan Rolf yang sudah lama tak pulang seperti Bang Toyib.

Baca yang lain