Lelaki Kuat Berselfie Pakai Filter Lebih Tinggi Risiko Menjadi Psikopat Dan Palatao

Mungkin ramai yang tidak setuju, namun satu kajian telah dibuat bahawa antara seorang lelaki yang gila selfie pada kadar ekstrim dengan seorang lelaki yang tak suka berselfie atau selfie sikit sikit, kebarangkalian di antara dua golongan ini adalah psikopat lebih kepada lelaki yang suka berselfie.

Apa itu psikopat

Psikopat (psikopat), atau sering dirujuk sebagai psiko, adalah gangguan mental yang dicirikan oleh kekurangan empati dan kawalan tingkah laku yang lemah atau impulsif. Sikap ini menyebabkan penghidapnya mempunyai tingkah laku antisosial, dan cenderung melanggar peraturan serta melakukan jenayah termasuk keganasan.

Menurut ahli psikologi, psikopat sebenarnya adalah sebahagian daripada gangguan personaliti antisosial (APD). Sesetengah pakar mengatakan bahawa psiko dan APD mempunyai makna yang sama, tetapi yang lain berpendapat bahawa psikopati adalah bentuk APD yang teruk.

Pada hari ini, selfie merupakan satu trend dan budaya moden. Jadi ramai lelaki yang suka berselfie termasuk menggunakan filter yang melepak.

Satu kajian dibuat oleh Universiti Ohio menyatakan bahawa, lelaki yang tak behenti henti berselfie sebenarnya memiliki kebarangkalian lebih tinggi mengidap masalah mental seperti kelakuan psikopat.

Kemudian, kajian yang sama menyatakan, lelaki yang gilakan filter dan menyunting gambar selfie mereka pula lebih tinggi kebarangkalian mereka akan mengidap masalah anti sosial termasuk narsistik. Ini kerana mereka terlalu obses dengan penampilan sempurna untuk ditonjolkan kepada umum.

Apa itu narsisisme

Narsisisme adalah perasaan cinta sehingga taksub terhadap diri sendiri yang berlebihan. Orang yang mengalami gejala ini disebut bersifat “narsisis” (narcissist).

Istilah ini pertama kali digunakan dalam psikologi oleh Sigmund Freud merujuk kepada Narkissos, seorang watak dalam mitologi Yunani yang dikisahkan terlalu taksub penampilan dirinya sehingga diumpan mencintai bayangannya sendiri di kolam; ketaksuban diri memakan dirinya sehingga mati lalu mayatya bercambah sekuntum bunga.[1]

Sifat narsisisme sudah lazim ada dalam setiap orang manusia sejak lahir, bahkan Andrew Morrison berpendapat bahswa dimilikinya sifat narsisisme dalam jumlah yang cukup akan membuat seseorang memiliki persepsi yang seimbang antara keperluan dalam hubungannya dengan orang lain.

Narsisisme memiliki sebuah peranan yang sihat dalam erti membiasakan seseorang untuk berhenti bergantung pada standard dan prestasi orang lain untuk membuat dirinya bahagia.

Meskipun begitu, apabila sifat perasaan ini berlebihan melepasi tahap yang dibenarkan, perasaan ini dapat menjadi suatu kelainan keperibadian yang bersifat patologi.

Kelainan keperibadian atau disebut juga sebagai penyimpangan keperibadian merupakan istilah umum bagi sejenis penyakit mental seseorang, yakni apabila cara memahami situasi dan kemampuan berhubungan dengan orang lain tidak lagi berfungsi secara normal.

Keadaan ini itu membuat seseorang memiliki sifat yang menyebabkan diri merasa atau berperilaku dengan cara-cara yang menyedihkan, membatasi kemampuannya agar dapat berperanan dalam suatu hubungan.

Seseorang yang narsistik biasanya terlihat memiliki rasa percaya diri yang sangat kuat, tetapi apabila narsisme yang dimilikinya sudah mengarah pada kelainan yang bersifat patologi, maka rasa percaya diri yang kuat tersebut dapat digolongkan sebagai bentuk rasa percaya diri yang tidak sihat kerana hanya memandang dirinya sebagai yang paling hebat dari orang lain tanpa mampu menghargai orang lain.

Selain itu, seseorang dengan sifat narsis yang berlebihan memiliki kecenderungan untuk meninggikan dirinya atau cakap besar atau palatao di hadapan orang lain, menjaga harga dirinya dengan merendahkan orang lain saat orang lain memiliki kemampuan atau hal yang lebih baik darinya, bahkan tidak segan untuk mengasingkan orang lain untuk memperoleh kemenangan.

Beberapa teori yang berlaku saat ini menyatakan bahwa penyebab sifat narsis dipengaruhi beberapa hal seperti faktor biologi, genetik, dan sosial serta juga keadaan psikologi dihadapi seseorang.

Namun begitu, berlaku perdebatan pada kajian ini. Bagaimana pula dengan selebriti seperti Justin Bieber? Yang hari hari berselfie? Dan sudah pastinya mereka menggunakan pakar penyunting gambar sebelum selfie itu dimuatnaik ke instagram?

Sebenarnya kajian ini lebih kepada perbandingan antara dua golongan. Tak semestinya lelaki yang suka berselfie adalah psikopat.

Prof lega ada kajian mengiyakan teori selama ini

Menurut pakar psikologi daripada Universiti Ohio, mereka melakukan kajian menggunakan sampe 800 lelaki berusia 18 sehingga 40 tahun tentang tabiat bergambar mereka.

Ini termasuk, kecenderungan mereka menggunakan filter ataupun menyunting gambar mereka sebelum dimuat naik.

Pembantu Profesor Jesse Fox menyatakan: “Sebenarnya tidak mengejutkan sama sekali lelaki yang kuat berselfie dan meluangkan masa yang banyak untuk menyuntingnya adalah lebih narsistik, namun inilah pertama kali, ada kajian ilmiah yang mengesahkan perkara itu.”

“Lebih menarik apabila dapatan kajian menyatakan bahawa, mereka yang kuat berselfie ini lebih tinggi skor mereka berbanding yang lain dari segi personaliti anti sosial, psikopat, dan lebih mementingkan diri sendiri.”

Seterusnya, Jesse Fox menepis tanggapan bahawa lelaki sejati sepatutnya tidak suka berselfie. Dia menegaskan, ramai je lelaki sejati berselfie. Namun biasanya mereka ini tidak suka dengan gambar mereka yang disunting atau dengan filter.

“Ramai orang fikir, mana ada lelaki buat benda macam tu [berselfie], tapi sebenarnya ada.”

“Biasanya lelaki ini mereka akan mengambil gambar dan terus upload je. Mereka hanya nak tengok diri sendir, mereka mana ada masa nak menyunting gambar ini bagai.”

Adakah korang setuju? Maka perhati perhatikanlah kawan lelaki korang yang obses berselfie tanpa henti.

RUJUKAN

WIKI

HELLO SIHAT

METRO UK

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di