Lelaki Mabuk Berlagak Tayang ‘Raincoat’, Rupanya PPE Dicuri Di Hospital Dan Dia Dapat Covid

Setelah berlakunya wabak koronavirus, alat Perlindungan Peribadi (PPE) adalah keperluan yang penting terutama sekali kepada petugas barisan hadapan di hospital.

Tetapi sepertinya masa ada beberapa orang tidak dapat membezakan antara PPE dan baju hujan!

Dalam kejadian yang pelik, seorang lelaki mabuk telah mencuri alat pelindung pekerja kesihatan yang menganggapnya sebagai ‘jaket hujan’.

Laporan menyatakan bahawa lelaki itu, yang bekerja sebagai penjual sayur jatuh ke dalam longkang sebab mabuk.

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Mayo Nagpur kerana cedera.

Setelah diberi rawatan awal, dia pulang dengan membawa alat PPE dari hospital bersamanya yang dicurinya dari sebuah bahagian di hospital.

Dia memberitahu rakan-rakannya bahawa ia adalah baju hujan yang dibelinya dengan harga Rs 1,000 ataupun sekitar RM60.00.

Dia menunjukkan baju hujan barunya itu dengan niat nak berlagak dengan member dia.

Namun keadaan menjadi cemas, apabila orang ramai di sekitar menyedari bahawa itu bukan baju hujan, tetapi kit PPE yang digunakan pihak hospital di pusat rawatan koronavirus.

Rakannya terus memaklumkan perkara itu kepada pegawai jabatan kesihatan bandar, yang merampas alat pelindung dari lelaki itu dan membakarnya.

Keadaan menjadi gempar ketika rakannya mengetahui sebenarnya dia telah merembat kit PPE itu dari hospital. Dan mereka mulai risau dengan keadaan kesihatan mereka.

Mana tidaknya, India ketika ini sedang berperang teruk dengan wabak covid.

Selepas itu, pegawai kesihatan mengarahkan lelaki itu untuk menjalani saringan koronavirus di hospital.

Pihak hospital telah mengumpulkan sampelnya untuk ujian COVID. Hasilnya dia positif dan dijangkiti wabak itu daripada kit PPE yang dicurinya itu.

Para pegawai mengesan kontak dan menguji kenalan utamanya, termasuk ahli keluarganya, saudara dan rakannya.

Mujur dilaporkan kesemua kawan dan saudara mara terdekatnya buat masa ini disahkan negatif daripada wabak itu.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan