Lepas Vieira, Arsenal Berusaha Dapatkan Tielemans, Gabriel Jesus Dan Zinchenko

Arsenal hampir memuktamadkan perjanjian mendapatkan Fabio Vieira dari FC Porto.

Di mana pemain tersebut menerima terma kontrak sehingga 2027. Jadual ujian medikal beliau adalah pada hari ini, Jumaat.

Vieira merupakan prospek bola sepak Portugal. Di mana musim lalu, dia telah menjadi pencipta assist terbanyak bersama dengan Pedrinho dengan 14 assist.

Kreativiti beliau membuatkan Mikel Arteta tertawan untuk mendapatkannya. Dengan pemain tersebut mulai dibandingkan dengan Bernardo Silva.

Dalam sejarah EPL, pemain pemain yang cemerlang di Liga Portugal berjaya membuktikan bahawa mereka boleh beraksi di EPL.

Dan dalam beberapa musim kebelakangan ini, pemain seperti Bruno Fernandes dan juga Luis Diaz terus memberikan impak segera ketika menyertai pasukan gergasi di England.

Selepas menyelesaikan perpindahan Fabio Vieira, Arsenal akan menumpukan usaha mereka untuk memancing pemain Leicester, Youri Tielemans.

Posisi tengah menjadi antara keutamaan Arsenal untuk diperkuatkan musim ini. Ini kerana mereka berdepan dengan isu squad depth yang berkualiti di tengah.

Musim lalu, mereka kehilangan Thomas Partey dalam banyak perlawanan kerana isu kecederaan.

Dan kini mereka sudah sedia untuk membawa masuk Tielemans. Arsenal pernah dikaitkan dengan Ruben Neves.  Bukti bahawa mereka sudah lama memburu pemain tengah yang benar benar berkualiti untuk memperkuatkan bahagian tersebut.

Bukan itu sahaja, Arsenal turut berusaha mendapatkan perpindahan ‘double’ dari Man City iaitu Gabriel Jesus dan juga Oleksandr Zinchenko.

Gabriel Jesus sudah menyatakan bahawa dia berminat menyertai Arsenal kerana Mikel Arteta. Pemain tersebut mahukan minit permainan yang banyak untuk membolehkannya berada dalam skuad Piala Dunia Brazil pada hujung tahun ini ini.

Arsenal dan City hanya gagal mencapai kesepakatan harga. Dilaporkan Man City meminta sekurang kurangnya GBP50 juta untuk pemain tersebut.

Namun kedua dua pasukan hampir bersetuju dengan harga yang mereka bincangkan.

Namun menurut The Athletic, Arsenal berdepan persaingan dari Chelsea untuk mendapatkan Jesus. Faktor Mikel Arteta memainkan peranan penting dalam perkara ini.

Jesus sangat menyukai Mikel Arteta yang pernah membantunya memperbaiki prestasinya di hadapan gol ketika di Man City.

Seterusnya Zinchenko. Pemain bek sisi dari Ukraine itu antara pemain yang disenarai untuk dijual oleh Man City.

Pep Guardiola malah sudah mensasarkan untuk mendapatkan bek sisi Brighton iaitu Marc Cucurela untuk menggantikan Zinchenko.

Zinchenko masih ada baki 2 tahun dalam kontraknya. Dan sudah menyatakan bahawa dia mahu angkat kaki.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan