Lihat Detik Akinfewa Benar Benar Mendapat Panggilan Klopp

Wycombe Wanderers telah melakar sejarah baharu dengan memenangi promosi ke Championship.

Pasukan yang digelar The Chairboys akan bermain di divisyen kedua England buat pertama kali pada musim hadapan.

Ini selepas Wycombe menang final play off menewaskan Oxford United dalam stadium kosong di Wembley.

Anthony Stewart meletakkan Wycombe di hadapan seawal minit kesembilan. Namun Mark Sykes menyamakan kedudukan dengan lob cantik melepask Ryan Allsop.

Namun skuad bimbingan Gareth Ainsworth berjaya mencatat kemenangan dengan baki 11 minit lagi menerusi poenalti oleh Jacobsen.

Wycombe meraikan kemenangan bersejarah mereka. Dan sudah tentunya pemain bintang utama mereka Adebayo Akinfewa menjadi perhatian.

Akinfewa menempa kegemilangan setelah diiktiraf sebagai pemain paling kuat dalam arena bola sepak.

Ini bukan pertama kali Akinfewa meraikan kejayaan promosi di Wembley. Beliau pernah meraikannya ketika penalti lewat bersama AFC Wimbledondalam League Two – play-off final pada 2015/16.

Emosi Akinfewa kali ini lebih tersentuh. Berjaya membantu pasukan Wycombe merasai bola sepak tier kedua di England pertama kali musim hadapan.

Akinfewa berdoa di atas padang.

Bercakap kepada Sky Sports, Akinfewa berkata: “Dengar sini, biarkan saya bertenang dulu. Pertama sekali, saya nak panjatkan syukur kepada tuhan kerana Dia membuatkan semua ini tidak mustahil.”

Akinfewa kemudian menyatakan dia sangat terharu dan berharap Jurgen Klopp dapat menghubunginya menerusi WhatsApp kerana mahu meraikan kejayaan bersama sama.

Akinfewa memang peminat tegar Liverpool. Dan musim ini Liverpool di bawah bimbingan Klopp telah menjuarai Liga Perdana Inggeris.

“4 tahun lalu, saya berdiri di depan kamu dan secara teknikalnya saya seorang penganggur ketika itu. Saya nak bagitau kamu sesuatu, satu satunya orang yang boleh call saya menerusi WhatsApp ketika ini adalah Klopp, jadi bolehlah kami meraikannya bersama. Kamu faham?”

Tanpa disangka sangka, Jurgen Klopp benar benar menghubungi Akinfewa dan mengucapkan tahniah kepadanya. Akinfewa yang sangat gembira melaungkan YNWA.

Klopp berkata kepada Akinfewa: “Hello big man, tahniah!”

“Aku tengok game kau tadi, aku tak tengok temuramah selepas game kau tadi.”

“Tapi Hendo, salah seorang pemain saya memberitahu saya apa yang kamu mahukan. Apa yang kau nak cakap, kalau nak sembang kat whatsapp, boleh je, jom.”

“Tahniah, saya pasti kamu dalam karier kamu, sekurang kurangnya bermain di Championship, dan akhirnya kamu di sana. Syabas.”

“Hebat, kejayaan hebat, walaupun dalam detik yang pelik ni, aku harap kau raikannya dengan tertib ye.”
Beliau sangat gembira dan menganggap ianya detik sukar dipercayai.

“Gila weii, the man, sang mitos, sang legenda menghantar video watsapp. Tiada yang lebih baik daripada hari ini. Terima kasih Klopp.”

Baca yang lain