Lihat Eric Dier Nak Bertumbuk Dengan Penyokong

Tottenham Hotspur telah tersingkir dari Piala FA. Kali ini mereka disingkirkan oleh Norwich menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam aksi pusingan kelima itu, Spurs mendahului dalam perlawanan ini. Namun mereka gagal mempertahankan kelebihan gol mereka pada separuh masa kedua.

Norwich tenyata berjaya mengimbangi Spurs dari segi semua aspek dalam perlawanan ini.

Perlawanan diheret ke penentuan penalti. Spurs kalah 2-3. Tim Krul sekali lagi menjadi wira penalti pasukannya dan membantu Norwich mara ke pusingan suku akhir. Memang pakar mamat ni.

Sebab tu dulu dia dimasukkan Louis Van Gaal hanya semata mata untuk penalty shoot out.

Tim Krul melakukan 2 saves menafikan percubaan lawan di dalam penentuan sepakan penalti. Sementara satu lagi sepakan adalah miss.

Dier nak bertumbuk

Tetapi, telah berlaku juga satu insiden yang panas selepas tamat perlawanan. Di mana Eric Dier telah menyerang penyokong Spurs sendiri.

Eric Dier masuk kes Seksyen tempat duduk penyokong dan mencari seorang penyokong Spurs. Beliau berlari meluru mencari penyokong tersebut.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1235343128065953792?s=09

Dia kemudian berhadapan dengan penyokong tersebut dengan muka yang marah. Memang nak bertumbuk la dia dengan penyokong tu.

Ada yang mengaitkan insiden itu dengan serangan rasis ke atas Gedson. Namun sebenarnya bukan. Ia tiada kaitan dengan serangan rasis kepada mana mana pemain.

Jadi, jangan korang mengade ngade nak cakap benda bukan bukan di alam maya.

Jose Mourinho dan sahkan ianya berlaku kerana Eric Dier bengang dengan penyokong tersebut yang memaki hamun dan mencarut dekat dia di hadapan keluarga dan adik lelakinya.

https://twitter.com/Football__Tweet/status/1235334550617837570?s=19

Mourinho agak kecewa dengan cara Eric Dier bertindak sebagai seorang pemain profesional. Tapi ye lah, hati tengah panas kan. Depan family pulak tu dia kutuk kutuk.

Eric Dier mungkin bakal berhadapan dengan hukuman daripada FA England dan juga daripada kelab beliau sendiri.

Ada juga beberapa pihak yang menyatakan tindakan Dier ini boleh membuatkannya digantung sehingga 8 perlawanan. Kerana menyerang seksyen penyokong.

Kekalahan ini bermaksud, Spurs terus kempunan piala domestik sekali lagi.

Fokus mereka sekarang adalah cuba menyelamatkan kempen Liga juara-juara Eropah serta berusaha untuk menempatkan diri dalam senarai tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

Kelayakan ke UCL musim hadapan sangat penting. Kerana itulah sebab Jose Mourinho dibawa masuk menggantikan Mauricio Pochettino sebelum ini. Untuk mengembalikan Spurs ke top 4.

Skuad bimbingan Jose Mourinho, Tottenham Hotspur terus bergelut dengan prestasi pada musim ini. Ianya diburukkan lagi dengan krisis kecederaan yang serius melanda beberapa pemain utama mereka.

Kehilangan pemain seperti Harry Kane dan Son Heung Min sangat memberikan kesan kepada Spurs yang pasukan mereka memang agak kecil Squad depth mereka.

Baca yang lain