Lihat, Pada 2018, Arteta Berceramah Tentang Pembentukan Taktikal Guardiola Di Man City

Dalam satu persindangan jurulatih yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol, RFEF, pada 2018, Mikel Arteta telah menjelaskan bagaimana Pep Guardiola beradaptasi dengan tempo bola sepak Inggeris.

Pada masa yang sama, Guardiola mahu memastikan corak permainan yang dia mahukan akan dapat dilaksanakan di City pada masa itu.

Arteta menjadi pembantu kepada Pep Guardiola. Dia merupakan antara orang yang sangat banyak membantu Guardiola dalam pembentukan pasukan Man City.

Arteta ketika itu memberikan sedikit ceramah tentang transisi dan tempo serta kesanggupan mengambil risiko.

Arteta menyatakan bahawa adalah sangat mencabar untuk Pep Guardiola mahu menerapkan tiki taka ataupun juego di posicion ketika dia tiba di England.

Kerana dia perlu menyesuaikan banyak perkara antara taktikalnya dengan bola sepak Inggeris.

Guardiola menyukai sistem dengan ramai pemain di zon serangan serta sistem inverted fullback.

Untuk memberikan kefahaman kepada pemain City, ianya tugas yang berat, kemudian Guardiola harus mengambil kira corak permainan Liga Inggeris, lawan yang akan mereka hadapi. Kerana dia menjangkakan permainan lebih fizikal di England.

Arteta memuji kemampuan Guardiola untuk melaksanakan taktikalnya di EPL dan menganggap pengurus City itu sudah banyak mengubah mentaliti pengurus di England tentang bermain pada tempo tinggi dan menolak ramai pemain di zon serangan.

Arteta berkata: “Cap dagang Pep [Guardiola] ketika kita mula tiba di Manchester City, dengan pasukan yang kita miliki bersama dengan struktur skuad yang ada.”

“Itu harus kita ubah sekarang!”

“Untuk bersaing dalam liga ini, dengan rentak permainan [yang kita mahukan].”

“Rentak permainan adalah rentak setiap pemain pada transisi pertama tercetus, ianya seperti binatang buas, tidak kisahlah, nak gelar macamana.”

“Tidak kira apa sahaja posisi yang mereka mainkan, mereka semua harus bermain dengan intensiti tersebut, dan tiada pengecualian dari segi kepantasan yang mereka lakukan di sini.”

“Mereka harus bergerak dengan kepantasan / pace apabila mereka memiliki bola dan penghantaran bola adalah sangat penting.”

“Kerana cara yang mereka mahu bermain, pada jarak 50 meter [daripada kawasan gawang sendiri], dengan 6 pemain berada di atas bola — ianya akan mengambil risiko yang banyak.”

Arteta sebenarnya merujuk kepada formasi Man City yang menyerang dengan melibatkan pemain sangat ramai sehingga 6 pemain di hadapan bola.

Kerana City gemar menggunakan formasi serangan seperti 3-2-5, 2-3-5 dan sebagainya.

Risiko memang sangat tinggi apabila bermain dengan sistem ultra offensive seperti ini.

Melihat kepada pembentangan Arteta tersebut, ramai peminat kagum dengan keupayaan Arteta untuk menerangkan dengan baik taktikal bola sepak.

Sebenarnya, sejak dulu lagi Arsene Wenger sudah mengenali potensi Arteta sebagai seorang tactician.

Di mana ketika bergelar pemain di Arsenal, Arteta seringkali diberikan kuasa untuk mengendalikan latihan taktikal apabila Wenger ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Wenger malah pernah mengakui dia pernah menyuruh Arteta mengambil alih taklimat taktikal di bilik persalinan.

Itulah sebabnya Wenger tidak pernah terfikir menjual atau melepaskan Arteta pada masa itu walaupun dia seringkali disisihkan kerana kecederaan. Arteta malah dilantik menjadi kapten Arsenal oleh Wenger.

Baca yang lain