Lihat Video Pengakuan Khabib Nurmagomedov Bahawa Dia Peminat Liverpool Dari Kecil Selain Real Madrid Dan Anzhi

Khabib Nurmagomedov pernah menyatakan bahawa beliau bukan sahaja meminati sukan martial arts, tetapi juga peminat bola sepak.

Dan beliau banyak menonton aksi Liga Perdana, Inggeris, La Liga serta Liga Juara Juara Eropah. Beliau memiliki pengetahuan yang luar biasa dalam bola sepak.

Khabib dikenali dengan dirinya sebagai peminat Real Madrid di Sepanyol dan Anzhi Makhachkala di Rusia. Pada tahun lalu, Khabib juga menegaskan jika di England, beliau sudah lama meminati pasukan Liverpool.

Liverpool merupakan pasukan yang dianggapnya sebagai pasukan yang mengagumkan. Khabib turut menceritakan pengalamannya menonton aksi final Liga Juara Juara Eropah pada 2005 di antara Liverpool dan AC Milan.

Dalam perlawanan itu, Liverpool melakukan kebangkitan luar biasa di Istanbul selepas ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua Liverpool bangkit mencetak 3 gol dan mengheret perlawanan ke masa kecederaan kemudian ke penentuan penalti.

Liverpool menjadi juara selepas menewaskan Milan dalam penentuan sepakan penalti yang menyaksikan Jerzy Dudek menjadi wira pasukannya.

Dalam satu sidang media, Nurmagomedov memberitahu Nick Peet dari BT Sport tentang pengetahuan bola sepaknya dan juga Liverpool di England.

“Saya rasa saya bukan hanya peminat, saya rasa saya tahu sejarah [bola sepak],” katanya.

“Liga Perdana Inggeris, bagi saya, adalah liga terbaik di dunia. Saya mengikuti semuanya.”

Nurmagomedov kemudian mengingat kembali detik menyaksikan kemenangan terakhir Liverpool di final Liga Juara-Juara 2005 ke atas AC Milan.

“Saya suka Liverpool,” kata Nurmagomedov.

“Saya masih ingat ketika saya masih kecil pada tahun 2005 ketika saya menonton Liverpool lawan Milan, di Dagestan. Kami menyaksikannya di layar besar di pantai, ribuan orang menonton perlawanan ini.”

“Dan ketika mereka kalah pada separuh masa pertama 3-0, dan saya benar-benar percaya, ‘Mereka harus kembali, mereka harus kembali’ kerana saya menyukai pasukan itu.”

“Mereka ada Milan Baros, [Vladimir] Smicer, [John Arne] Riise, [Sami] Hyypia. Saya ingat ini. Stevie Gerrard!Ia adalah pasukan yang sangat baik.”

“Tetapi sekarang ini mereka juga memiliki pasukan yang sangat baik.”

“Saya menonton semua perlawanan Liga Juara-Juara dan Liverpool. Tetapi saya juga penyokong fanatik Real Madrid. ”

“Tetapi saya suka menyaksikan Liga Perdana Inggeris, walaupun mereka tidak menurunkan pasukan terbaik mereka, tetap mereka tetap mempamerkan aksi terbaik.”

Siapa tak kenal Khabib Nurmagomedov, petarung UFC yang terbaik pada ketika ini. Beliau masih belum pernah kalah dengan rekod 28-0-0. Antara aksi epik beliau adalah ketika mengunci Conor McGregor sehingga tap out.

Khabib Nurmagomedov juga dikenali sebagai seorang yang sentiasa taat kepada suruhan agamanya, Islam.

Beliau akan bertemu dengan Justin Gaethje dalam saingan seterusnya. Ini selepas beliau terpaksa menarik diri daripada UFC249 kerana dikuarantin di negaranya Rusia.

 

Baca yang lain