Lin Dan Bersara, LCW Anggap Super Dan Melabuhkan Tirai F4 Dengan Indah Sekali

Dunia badminton kehilangan salah satu bintang terbesar mereka dan salah seorang atlet terbaik dalam sejarah sukan iaitu Lin Dan AKA Super Dan.

Pemain badminton berusia 36 tahun itu mengumumkan pengunduran dirinya dari pasukan kebangsaan China di platform media sosial Weibo pada hari Sabtu (4 Julai).

“Dari tahun 2000 hingga 2020, setelah 20 tahun, saya harus mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan. Sangat sukar untuk membicarakannya,” kata pemain kidal itu.

Lin Dan adalah salah seorang daripada pemain yang paling berjaya di peringkat antarabangsa.

Di mana dia tidak dapat dicabar di kejuaraan dunia, menang lima kali dari tahun 2006 hingga 2013.

Super Dan dua kali menghentikan legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei di final di Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012.

Kerjaya pasukan kebangsaannya yang gemilang juga merangkumi enam kemenangan Piala Thomas dan lima kemenangan Sukan Asia dari tahun 2006 hingga 2018.

Seorang pegawai Persatuan Badminton Cina mengatakan Lin Dan telah mengemukakan permohonan persaraan rasmi beberapa hari yang lalu.

“Dengan mempertimbangkan pilihan peribadi Lin dan keadaannya sekarang, pasukan kebangsaan badminton China menyetujui pengunduran diri Lin,” kata seorang pegawai persatuan badminton China di agensi berita Xinhua.

Datuk Lee Chong Wei Antara mereka yang mengucapkan selamat bersara kepada Lin Dan.

“Kita tahu bawa hari ini akan tiba juga. Momen berat dalam hidup kita; kamu melabuhkan tirai dengan indah sekali, kamu pernah menjadi raja di mana saya berbangga bertarung dengan pertarungan kita.”

“Lambaian akhir kamu, kesemua empat [kita] dan pergi, dalam tangisan air mata yang tidak kedengaran.”

Lee Chong Wei pernah menyatakan bahawa Lin Dan sebagai pemain yang tak mampu dikalahkan. Sehinggakan beliau melakukan kerja keras yang terlalu banyak untuk menewaskan Lin Dan. Itupun masih sukar nak menandingi pemain itu pada peak Beliau.

Apa yang pasti perseteruan di antara Lin Dan dan Lee Chong Wei dianggap terbaik sepanjang zaman di arena badminton dan antara terbaik dalam sejarah sukan dunia.

Lin Dan Telah mengakhiri era fantastic 4 (F4) satu ketika dahulu yang turut dibintangi Lee Chong Wei, Peter Gade Christensen dan Taufik Hidayat.

Baca yang lain