Luis Enrique Terbang Ke London Berunding Dengan Chelsea

Bekas pengendali Sepanyol, Luis Enrique dilaporkan terbang ke London untuk berunding dengan Chelsea.

Dengan Spurs turut berminat dengan pengurus itu, Enrique dikatakan lebih tertarik dengan Chelsea yang dianggap sesuai dengan citarasanya.

Chelsea memiliki ramai pemain muda berbakat untuk dia bangunkan jika menjadi pengurus.

Menariknya laporan menyebut bahawa Luis Enrique melalui rundingan yang sangat positif dengan Chelsea. Memandangkan dia pernah menjadi calon pengurus Chelsea pada masa lalu.

Dan beberapa bulan lalu, Enrique sudah mengambil kelas Bahasa Inggeris. Petanda bahawa dia sedia mengendalikan pasukan lain di luar Sepanyol terutama sekali di EPL.

Enrique dianggap calon yang sesuai kerana dia memiliki rekod yang baik membangunkan pemain muda ketika di Barcelona dan di pasukan kebangsaan Sepanyol.

Selain itu Chelsea berminat dengan corak pengurusan taktikal pengurus itu yang dianggap sangat baik.

Namun begitu rundingan dengan Enrique ini masih tidak terlalu hampir untuk dimeterai.

Kerana Chelsea turut mempertimbangkan Julian Nagelsmann sebagai satu lagi calon utama untuk menggantikan Graham Potter.

Chelsea turut berunding dengan Nagelsmann, seperti dilaporkan BILD, rundingan itu juga sangat positif.

Nagelsmann membatalkan hasratnya untuk berehat seketika selepas dipecat Bayern, kerana dia benar benar tertarik untuk menjadi pengurus di Stamford Bridge.

Siapakah yang akan menjadi pengurus baharu Chelsea?

Apa yang pasti Chelsea mahu terus melantik pengurus tetap bukannya Interim.

Ini kerana mereka memerlukan seorang yang ada kuasa dalam kata akhir untuk pengurusan pasukan. Terutama sekali dengan skuad yang sarat dengan bintang.

Selepas ini Chelsea perlu menjual beberapa pemain mereka.

 

Baca yang lain