Luis Suarez Dapat Panggilan Khas Bielsa Kembali Ke Skuad Uruguay

Marcelo Bielsa dilaporkan sudah memutuskan untuk memanggil semula legenda Uruguay, Luis Suarez untuk kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan.

Suarez kembali

Berita ini benar benar mengejutkan kerana Suarez sudah lama tidak beraksi di peringkat kebangsaan kerana faktor usianya.

Prestasi cemerlang Suarez dengan Gremio membuatkan Bielsa menagih khidmat bekas penggempur Liverpool dan Barcelona itu kembali ke skuad Uruguay.

Pasukan kelab Suarez, Gremio sudah dimaklumkan tentang panggilan kebangsaan itu. Di man Suarez akan melapor diri untuk tugasan menentang Argentina dan Bolivia.

Bielsa sebelum ini dalam proses membina semula Uruguay dengan pemain pemain muda. Namun kehadiran Suarez lebih kepada untuk mentoring di dalam pasukan kebangsaan.

Pengalaman dan mentaliti Suarez boleh digunakan untuk memotivasikan pemain pemain muda.

Berita ini juga pasti membuatkan Suarez gembira kerana kini dia berpeluang untuk bertemu dengan rakan baiknya Lionel Messi sekali lagi di atas padang. Pertemuan itu pasti emosional kerana banyak yang telah berlaku sejak Suarez ditendang dari Barcelona sebelum ini.

Messi pula kemudian terpaksa ke PSG kerana isu FFP Barca. Suarez menjuarai La Liga bersama Atletico. Messi menikmati kejayaan luar biasa bersama skuad kebangsaan, menjuarai Copa America, Finalissima dan Piala Dunia.

Terbaru pemain Argentina itu menggondol anugerah Ballon d’Or 2023 yang kelapan dalam kabinetnya. Messi dan Suarez membentuk gandingan luar biasa di Barcelona terutama sekali pada era MSN yang turut ada Neymar.

Terdapat juga desas desus menyatakan Edinson Cavani juga mungkin akan dipanggil semula mengikut keperluan pasukan.

Jika itu berlaku bermakna, Cavani dan Suarez akan kembali berada dalam skuad Uruguay. Kedua duanya dianggap antara penyerang terbaik dunia ketika di kemuncak prestasi pada era mereka.

Baca yang lain