Lukaku Catat Statistik Paling Buruk, Cuma 7 Kali Sentuh Bola Dan 0 Shot

Romelu Lukaku sekali lagi jadi bot dalam aksi antara Chelsea dengan Crystal Palace.

Paling mengecewakan Lukaku cuma melakukan 2 sentuhan sahaja pada separuh masa pertama. Salah satu daripada sentuhan itu adalah sepak mula yang dimulakannya.

Prestasi Lukaku benar benar mengecewakan ramai peminat Chelsea yang mengharapkan pemain itu meledak sesuka hatinya seperti di Inter Milan sebelum ini.

Romelu Lukaku hanya melakukan tujuh sentuhan secara keseluruhannya – salah satunya adalah dari sepak mula pada separuh masa pertama – ketika Chelsea meraih kemenangan lewat di Crystal Palace.

Ia adalah sentuhan paling sedikit dalam satu perlawanan Liga Perdana untuk pemain yang telah bermain selama 90 minit penuh sejak data opta tersedia pada 2003/04.

Satu lagi aksi suram pemain termahal dalam sejarah Chelsea itu. Di mana Chelsea membelinya dengan nilai £97.5 juta. Lukaku sebelum ini beraksi cemerlang dalam Piala Dunia Kelab diharap akan mendapat motivasi yang sama di hadapan gol. Namun sayangnya, Lukaku terus melukakan hati.

Lukaku kini hanya menjaringkan satu gol dalam lapan perlawanan terakhirnya di dalam negara. Apa sudah jadi? Sedangkan Lukaku memulakan kariernya bersama Chelsea untuk kali kedua dengan sangat baik awalmmusim ini.

Ia adalah persembahan Chelsea yang lesu di hadapan gol. Namun Thomas Tuchel masih mempertahankan Lukaku. Dan berkata mereka keletihan – yang menyebabkan Lukaku kekurangan tenaga di atas padang.

Lukaku terlibat sangat sedikit di mana-mana kawasan di atas padang. Dia gagal mencatatkan satu percubaan sekalipun, tidak memenangi satu pun daripada empat pertarungan duel dan kehilangan bola dua daripada enam kali dia menguasai bola.

Pada Jumaat, sebelum sepak mula, Tuchel meminta semua pihak bersabar  dan memberikan masa berhubung prestasi Lukaku di Chelsea.

Chelsea berhempas pulas untuk menang ke atas Palace. Dengan gol lewat oleh Hakim Ziyech membolehkan Chelsea terus mengekori Liverpool dan Manchester City.

Chelsea pastinya akan menjadi lebih baik jika mereka memiliki no.9 yang benar benar prolifik. Itulah sebabnya Lukaku dibawa masuk selepas Werner bergelut bersama Chelsea musim lalu.

Tuchel menafikan prestasi lesu Lukaku adalah kerana sistemnya.

Adakah Lukaku akan berjaya bangkit selepas ini? Beliau seharusnya!

Chelsea malah sudah dikaitkan dengan beberapa pemain penyerang untuk dibawa masuk pada musim hadapan. Sekiranya Lukaku terus gagal meyakinkan mereka dengan persembahannya di atas padang.

Baca yang lain