Majikan Wajib Bayar Gaji Penuh, Tak Boleh Paksa Pekerja Ambil Cuti Tahunan Atau Tanpa Gaji

Ramai yang ingin tahu, adakah mereka akan dipotong / tidak dibayar gaji jika mereka tidak bekerja / bercuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan?

Sebenarnya, majikan wajib membayar gaji penuh kepada pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

Kementerian Sumber Manusia menegaskan bahawa, para pekerja boleh memaklumkan kepada mereka nama majikan yang enggan membayar gaji pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan untuk mencegah penularan wabah Covid-19 di negara kita.

Sekiranya ada majikan yang enggan membayar gaji penuh, maka para pekerja boleh mengemukakan aduan rasmi secara dalam talian melalui e-mel rasmi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Apa yang perlu dilakukan oleh para pekerja adalah, mengemuka maklumat lengkap berkenaan aduan berkenaan.

Ini bagi memudahkan pihak JTK mengambil tindakan sewajarnya. Malah, pekerja boleh datang sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja berhampiran selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

JDT juga mengesahkan bahawa siasatan ke atas setiap aduan hanya akan dijalankan selepas tempoh perintah tamat.

Pekerja bergaji harian perlu dibayar mengikut kadar upah yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja di dalam surat tawaran atau kontrak perkhidmatan mereka.

Untuk para pekerja yang pendapatan mereka tidak tetap pula, kadar hariannya hendaklah tidak kurang daripada kadar gaji minimum – seperti yang termaktub dalam Perintah Gaji Minimum 2020.

Selain daripada itu, majikan diingatkan bahawa mereka tidak  boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji .

Ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sebagai tambahan, para pekerja tidak layak menuntut insentif RM600 seperti yang diumumkan tempoh hari.

Hal ini kerana tempoh kelayakan untuk mendapatkan insentif itu ialah sebulan.

Bagi pekerja yang terpaksa bekerja dari rumah, majikan masih tetap perlu membayar gaji serta elaun seperti biasa.

Jika majikan ingkar, mereka telah kesalahan mengikut Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Majikan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber: BH Online

Baca yang lain