Makelele Role: Destroyer Yang Laju Dan Cerdas

Bagi peminat bola sepak, sudah pastinya pernah mendengar tentang Makelele Role. Namun tak semua yang jelas dengan maksudnya dengan lebih mendala.

Makelele Role ini sudah bermula di Real Madrid lagi namun ianya menjadi lebih popular di kalangan media apabila di Chelsea.

Ini kerana Jose Mourinho yang mengangkat nama peranan itu sebagai satu peranan khas yang unik. Bukan mudah untuk seorang pemain bola sepak memiliki nama sendiri untuk peranan ataupun skil dengan nama mereka.

Itu menunjukkan mereka unik. Misalnya raumdeuter yang hanya diberikan kepada Thomas Muller. Cruyff turn merujuk kepada maneuver signifikan yang sering dilakukan Cruyff.

Mourinho menyatakan bahawa dalam sistem tengah Chelsea, mereka sentiasa ada seorang pemain tambahan ataupun extra man ketika bertahan dan juga ketika membentuk serangan (build up).

Dan pemain yang menjadi lebihan kepada setiap aspek itu adalah Makelele. Ini adalah serba ringkas tentang Makelele

Profil

Nama : Claude Makelele Sinda
Tarikh Lahir : Feb 18, 1973
Tempat Lahir: Kinshasa, Zaire
Tinggi: 1.74 m
Nasionaliti: France (Neutralisasi dari Congo DR)
Posisi: Holding Midfield (Makelele Role)

Konsep

Dari segi platform posisi, Makelele adalah seprti pemain tengah bertahan (defensive midfielder) yang lain. Beliau tetap berada di hadapan barisan pertahanan untuk melindungi mereka.

Namun bezanya adalah ia lebih kepada bermain dengan otak berbanding dengan fizikal.

Ianya berbeza dengan defensive midfielder yang klasik di mana tugas mereka sangat tertumpu kepada aspek bertahan dan pivoting.

Makelele pula dinamik. Beliau suka menggerakkan serangan dari belakang / enforcing dan apabila bertahan beliau akan berada di posisi terbaik untuk memperbanyakkan pintas berbanding bentesen.

Pemain tengah versatile

Tidak ramai jurulatih kelab besar berani meletakkan pemain berketinggian 174cm sebagai pemain tengah bertahan kecuali mereka ada kemampuan istimewa.

Kami sebelum ini ada menulis 2 tipikal utama pemain defensif. Pertamanya adalah yang jenis terhad (limited). Jenis yang kita selalu label sebagai rigid, statik dan direct.

Kedua adalah, ball playing. Pemain yang lebih cergas dan selesa dengan bola di kaki. Jadi, Makelele role ini adalah jenis ball playing. Ianya bukan jenis terhad.

 

Jadi, ciri-ciri ini yang membezakan peranan Makelele dengan pemain tengah bertahan klasik.

Ketika di Real Madrid, pengulas mulai menggelar peranan beliau sebagai destroyer. Ini kerana Makelele sangat bijak dalam menghancurkan build up pasukan lawan dan terus mencetuskan serangan balas daripada bola yang beliau menangi.

Makelele bukan pemain yang statik. Beliau bergerak mengikut naluri beliau ataupun bergerak ke merata padang terutama sekali di defensive third iaitu kawasan yang menjadi titik penting pihak lawan untuk masuk lebih dalam ke kotak serangan.

Peranan ini seperti kacukan regista dan pemain tengah bertahan klasik. Pemain tengah bertahan klasik sangat fokus kepada duel dan cabaran fizikal ke atas lawan.

Anda pasti ingat cara permainan Nigel De Jong, Gennaro Gatusso yang sangat keras (robust) dan combative. Mereka tidak kisah tentang aspek hantaran ataupun build up yang berkualiti.

Ia adalah perkara ke-2 atau ke-3 dalam senarai semak mereka. Berbeza dengan Makelele yang lebih menekankan aspek kawalan ruang yang berkesan dan cuba begerak aktif untuk mengitar semula bola dengan hantaran berkualiti.

The Destroyer

Namun menariknya, ketika beliau bergerak bebas, beliau masih ada kawalan yang tinggi ke atas zon di hadapan barisan pertahanan. Dari segi teknikal, beliau juga digelar destroyer.

Beliau berada di deepest position di antara pemain tengah sama ada dalam sistem midfielder 3 ataupun midfielder 4 (diamond).

Makelele lebih efektif untuk dimainkan sebagai lone pivot untuk memastikan beliau berada di tenga.

Destroyer bermaksud pengacau atau penghancur gerakan. Mekekele sangat bagus dalam soal menghancurkan struktur binaan serangan pihak lawan dengan cara melambatkan gerakan mereka.

Ianya juga kerap membuatkan lawan berpatah balik ataupun mendesak lawan kehilangan bola. Beliau kerapkali menyukarkan lawan menghantar bola kerana positioning beliau yang baik.

Pernah tak korang bermain permainan FIFA atau PES di mana korang yakin sangat akan dapat hantar bola melepasi seorang pemain yang memberikan anda ruang, namun dia akan tetap dapat bola itu walaupun anda mencuba berkali kali.

Itulah salah satu ciri destroyer. Mereka tidak perlu pergi menyerbu pemain lawan yang membawa bola. Cukuplah dengan menekan lawan di satu titik yang menyukarkan bola dihantar.

Jadi, bukan sesuatu yang mudah untuk permain permainan kombinasi di bahagian tengah dengan adanya Makelele.

Shadow marking

Makelele sangat efektif dalam kawalan ruang mahupun shadow defending. Sifatnya yang tidak keras dan lebih simple namun Makelele sangat dinamik kerana mobiliti yang sangat tinggi.

Ianya sentiasa bergerak di bahagian tengah untuk mengganggu pihak lawan. Jadi, ada juga yang menggelarkan peranan ini sebagai anchor man.

Walau apapun labelnya yang pasti Makelele role adalah bermaksud anda bermain di kawasan tengah pertahanan paling dalam dengan cara seorang pemain tengah tulen.

Adakah Ia Sama Dengan Deep Lying Midfielder?

Ia adalah salah satu baka daripada deep lying midfielder namun ia lebih defensif daripada Deep Lying Midfielder yang lain seperti Pirlo role ataupun regista. Peranan ini juga berbentuk holding midfielder.

Jadi, jika anda menggelar ia sebagai defensive midfielder, holding midfielder ataupun deep lying midfielder, ia tetap betul cuma secara lebih spesifik anda akan menyebut ia sebagai Makelele Role.

Ini kerana dari segi pergerakan dan mobiliti di atas padang mereka sangat tinggi berbanding dengan destroyer jenis deep lying playmaker seperti Pirlo dan Xabi Alonso.

N’golo Kante adalah pemain yang paling dekat dengan apa yang dipanggil Makelele Role. Perkara itu sendiri diakui oleh Makelele.

Selain daripada Kante, sebelum ini nama Gareth Barry juga dianggap antara pemain yang mirip kepada Makelele Role. Kerana mereka memiliki kecerdasan taktikal yang tinggi.

Kante mungkin tidak sebagus Makelele dari segi taktikal. Namun selepas diajar oleh Conte dan Sarri, beliau banyak sekali memperbaiki aspek taktikal.

Pemain yang banyak melakukan pintasan berbanding dengan bentesan kotor untuk mematikan bola.

Deep lying midfielder atau regista yang biasa adalah pemain yang turun ke bawah untuk ‘mengutip’ bola dan menyebarkannya (distribute) dari belakang.

Sedangkan Makelele role lebih aktif dalam aktiviti mendesak lawan melepaskan bola.

Mereka bermain di pemain tengah bertahan tetapi bukan pemain yang aktif menyangi lawan dengan duel fizikal yang keras dan bentesan yang keras sepanjang masa.

Mekele role memiliki kemampuan untuk mengolah serangan (playmaking) yang sangat tinggi kerana kemampuan mereka untuk menghantar bola dalam darjah klinikal.

Satu lagi aspek yang saya suka bezakan antara Makelele role dengan deep lying midfielder ataupun regista seperti Pirlo atau Xabi Alonso adalah sifat in-dependency ataupun boleh berdiri sendiri di platform paling bawah unit tengah.

Berbeza dengan peranan ala Pirlo memerlukan pemai lain seperti pemain tengah bertahan tulen ataupun box to box untuk melakukan tugasan lebih defensif dan memenangi bola untuk mereka.

Jadi, Makelele role lebih baik untuk bermain pivot tunggal.

Ketika di Juventus, Andrea Pirlo menjadi sangat efektif dengan adanya pemain box to box yang dinamik seperti Pogba, Vidal dan Marchisio.

Pada final UCL 2002, Makelele adalah pivot tunggal dalam sistem 1 pemain tengah defensif. Pemain seperti Zidane , Figo dan Solari bermain di garisan tinggi ketika itu.

Dalam pasukan Chelsea, Makelele boleh bermain dalam sistem diamond dengan midfielder seperti Lampard, Joe Cole dan Robben yang sangat ofensif.

Kesimpulan

Ia adalah peranan yang istimewa kerana ia lebih kepada brain berbanding dengan fizikal. Ia satu kebijaksanaan dalam permainan untuk memastikan dirinya relevan bermain dalam peranan yang sepatutnya dimainkan gaya keras.

Makelele pemain yang lasak dan dinamik di mana mampu memberikan sokongan yang kuat ketika menyerang dan bertahan.

Baka ini sangat digemari oleh jurulatih kerana ia sangat sesuai dengan taktikal moden. Namun bukan semua pemain boleh bermain peranan ini.

Jadi, ketika Mekelele dijual ke Chelsea, antara pemain yang sangat terkesan di Real Madrid adalah Zinedine Zidane. Ini kerana, pertalian taktikal yang kuat di antara Zidane dan Makelele ketika di Real dan Perancis.

Malah Zidane pernah mengajak Mekelele untuk keluar daripada persaraan antarabangsa pada 2005 untuk membantu Perancis yang bergelut untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2006.

Makelele sentiasa menjadi orang terakhir yang dipandang / unsung hero, menepati cirinya sebagai no.6. Sama seperti DM yang lain di dunia.

Baca yang lain