Malaysia Catat 69 Kes Baru, Terendah Sejak PKP

Ada perkhabaran gembira mengenai perkembangan koronavirus di Malaysia. Ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa hari ini Malaysia mencatatkan hanya 69 kes baharu.

Ianya adalah kes paling rendah untuk kes positif yang baru. Selain itu sebanyak 201 kes telag sembuh.

Terdapat dua pertambahan angka kematian menjadikan keseluruhan 86 kematian, hanya 1.64% sahaja.

Malaysia kembali menunjukan perkembangan positif apabila kes positif harian COVID-19 hari ini mencatatkan angka terendah iaitu 69 kes, berbanding tiga angka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

Malah, jumlah kes pulih harian adalah 201 kes, hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kes baharu yang direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan 201 kes pulih, ia menjadikan jumlah kumulatif terkini kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan didiscaj daripada wad adalah sebanyak 2,967 kes atau 56.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Enam puluh sembilan kes baharu ini menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 5,251 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 2,198 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Bercakap pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, Dr Noor Hisham bagaimanapun berkata terdapat pertambahan dua lagi kes maut, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 86 kes atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya kematian ke-85 (kes ke-5064) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 85 tahun yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-4,657 berkaitan dengan kluster PUI Bali.

“Beliau telah dirawat untuk penyakit barah darah di sebuah pusat perubatan swasta dan kemudiannya dipindah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 15 April dan disahkan meninggal dunia pada pukul 3.30 petang.”

“Kematian ke-86 (kes ke-5,183) juga lelaki warga Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan strok.”

Rumusan ringkas KKM

Kes keseluruhan ketika ini adalah 5,251 dan terdapat 2,967 kes yang berjaya sembuh. Menjadikan kes aktif hanya 2,198.

201 pesakit telah discaj dan sembuh sepenuhnya. Menjadikan kadar kesembuhan covid-19 adalah 56.5%

Bagi kes melibatkan warga asing pula, terdapat 601 kes positif dan 356 sedang dirawat. 242 sudah pulih dan 3 kematian.

Warga Indonesia masih yang paling tinggi 108 kes diikuti warga Filipina dengan 104 kes.

Rumusan kes kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling sehingga 12pm, 17 April. 27,834 telah diperiksa dan 26,021 diambil sampel, hasilnya 1,946 didapati positif.

Menurut Dr Noor Hisham: “Terdapat satu kluster di Sabah melibatkan anggota kesihatan barisan hadapan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.”

“14 jururawat dan doktor disahkan positif dan kes pertama dikesan 27 Mac yang berpunca daripada majlis perkahwinan di Ipoh. Tiada jangkitan dari wad.”

Sumber: KKM / BERNAMA

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di