Man City Berpeluang Satukan Guardiola-Messi-Ronaldo, Namun Pundit Ini Pilih CR7 Pilihan Lebih Baik

Manchester City suka menyakat Manchester United setiap kali mereka mendapatkan salah seorang bintang legenda mereka – seperti yang berlaku dengan papan iklan ‘Welcome to Manchester’ yang dipasang ketika Carlos Tevez menyertai pasukan di sebelah bandar Manchester pada tahun 2009.

Dan City dikatakan bakal mempertimbangkan peluang untuk mendapatkan legenda United, Cristiano Ronaldo pada musim hadapan.

Juventus dilaporkan sedia untuk melepaskan Ronaldo kerana gaji pemain itu yang terlalu tinggi. Juventus bergelut secara kewangan untuk menampung gaji Ronaldo kerana situasi bola sepak tanpa penyokong pada hari ini.

Pada musim panas lalu, Man City hangat dikaitkan dengan bintang Argentina, Lionel Messi.

Namun perpindahan itu terhalang kerana Barcelona enggan melepaskan superstar mereka itu. City masih menjadi pilihan utama untuk mendapatkan Messi pada musim hadapan, selepas kontrak pemain itu tamat, jika Messi masih mahu berhasrat meningalkan Barcelona.

City malah sudah bersedia dengan kertas tawaran kepada Messi dalam usaha mereka menyatukan semula pemain itu dengan Pep Guardiola.

Dengan berita terbaru dari Turin tentang Cristiano Ronaldo, Andy Townsend melihat City ada opsyen yang baik ketika ini.

Jika mereka terlepas Messi, mereka mungkin akan cuba mendapatkan Ronaldo. Ataupun mendapatkan kedua duanya sekali.

Tetapi agak sukar melihat dua bintang itu duduk dalam satu pasukan, kecuali masing masing sedia menerima pengurangan gaji yang besar.

Townsend berpendapat, jika City harus membuat pilihan sama ada Messi atau Ronaldo, beliau merasakan Ronaldo pilihan lebih baik.

Ronaldo memiliki pengalaman untuk beraksi di England berbanding dengan Messi.

“Sekiranya anda mahukan gol maka saya fikir dia [Ronaldo] masih merupakan mesin gol utama,” kata Townsend kepada talkSPORT.

“Saya tahu Messi dan telah banyak perbahasan dalam perbahasan selama bertahun-tahun ini tentang masa depannya, tetapi saya masih menganggap Ronaldo masih mempunyai keinginan dan ingin dikenang sebagai yang terbaik.”

“Dia masih mempunyai keinginan untuk menjaringkan gol. Lebih dari apa pun di lapangan sekarang, dia hanya mahu menjaringkan gol.”

“Dia berada di fasa di mana matanya bercahaya setiap kali ada tendangan bebas dari sudut apa pun.”

“Setiap kali dia mendapat peluang untuk melakukan percubaan, dia akan melakukannya. Walaupun orang lain berada di tempat yang lebih baik, lupakanlah pasal itu. ”

Selain daripada Man City, Ronaldo turut dikaitkan dengan banyak lagi kelab lain termasuk PSG.

Adakah Ronaldo sanggup mencalarkan legasinya di United dengan menyertai Man City?

Sebab Messi terus kekal dan tak jadi ke Etihad sebelum ini

Lionel Messi akhirnya memutuskan untuk terus kekal di Barcelona selepas drama yang agak panjangg kali ini.

Pemain yang digelar La Pulga itu menyatakan bahawa dia sedar bahawa mustahil untuk beliau pergi meninggalkan Barcelona dengan klausa pelepasan €700 juta musim ini.

Messi pernah menghantar faks yang berupa permohonan rasmi mahu mengaktifkan klausa pelepasan secara percuma dari Barcelona.

Namun Barcelona tetap tidak berganjak bahawa mereka tidak akan melepaskan Messi secara percuma dan menyatakan klausa itu hanya aktif pada Jun.

Messi awalnya melantik penasihat perundangan untuk melepaskan diri dari Barca. Ini kerana Messi menyatakan beliau berhak mengaktifkan klausa itu sejajar dengan musim yang dilanjutkan sehingga Ogos.

Messi menafikan bahawa pembantaian oleh Bayern Munich sebagai sebab utama beliau mahu pergi.

Tetapi menyatakan bahawa ada banyak perkara yang berlaku sejak akhir akhir ini membuatkannya bercelaru dan merasakan sudah tiba masanya beliau mahu pergi.

Selain itu Messi turut menyatakan bahawa faktor keluarga adalah paling utama membuatkannya terus kekal dan membuat pusingan U dalam keputusannya.

Menerusi satu wawancara eksklusif dengan Goal, Messi mengakui keluarganya sangat terkejut ketia dia menyatakan bahawa dia akan meninggalkan Barcelona.

“Ketika saya menyampaikan keinginan untuk pergi kepada isteri dan anak-anak saya, itu adalah drama yang kejam.”

“Seluruh keluarga saya mulai menangis, anak-anak saya tidak ingin meninggalkan Barcelona, mereka juga tidak ingin pindah sekolah,” kata Messi.

“Anak saya, keluarga saya, mereka membesar di sini dan berasal dari sini. Tidak ada yang salah dengan keinginan untuk pergi. Saya memerlukannya, kelab perlukannya dan itu adalah yang terbaik untuk semua orang.”

“Isteri saya, dengan semua rasa sakit di jiwanya , menyokong dan menemani saya,” tambah beliau lagi.

“Mateo masih kecil dan dia tidak tahu lagi apa ertinya pergi ke tempat lain. Thiago, dia lebih tua. Dia mendengar sesuatu di TV dan dan bertanya.”

“Dia menangis dekat saya dan berkata ‘jangan pergi’. Saya ulang! bahawa itu adalah sangat sukar.”

“Itu terjadi pada saya. Sangat sukar untuk membuat keputusan,” katanya.

“Tapi saya melihat lebih jauh dan saya ingin bersaing di level tertinggi, memenangi gelaran, bersaing di Liga Juara Juara Eropah.”

“Kamu mampu menang atau kalah di dalamnya [persaingan], kerana itu persaingan yang sangat sukar, tetapi anda harus terus bersaing,” jelasnya.

“Sekurang kurangnya bersaing sengit untuk itu dan bukannya berantakan seperti di Roma, Liverpool, Lisbon. Semua itu membuatkan saya berfikir tentang keputusan yang ingin saya lakukan,” kata Lionel Messi.

Messi lupakan tawaran €700 juta

Keputusan Messi itu bermakna dia telah melupakan tawaran yang dilaporkan sudah dipersetujuinya secara lisan dengan City.

City sanggup membayar pakej kontrak keseluruhan bernilai €700 juta. Angka yang sama dengan klausa pelepasan di Barcelona.

Seperti yang dilaporkan oleh Duncan Castles dari Daily Record, pemilik City dan Messi telah bersetuju dengan syarat untuk perjanjian lima tahun bernilai €700 juta (£623 juta).

Tawaran itu akan menyaksikan Messi bermain tiga tahun di Liga Perdana Inggeris dengan Man City dan dua tahun lagi dengan New York City FC – yang juga dimiliki oleh City Football Group (CFG).

Sumber yang sama juga melaporkan bahawa Messi akan ditawarkan saham ekuiti dalam CFG sebagai sebahagian daripada pakej pampasannya.

Ini adalah tawaran kontrak yang akan mengukuhkan status pemenang Ballon d’Or enam kali sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia dan menerima gaji sangat lumayang sepanjang baki kariernya.

Messi terdesak untuk bekerja di bawah Guardiola lagi, kerana Guardiola pernah mengeluarkan bola sepak yang terbaik darinya, dan dia ingin mengulanginya.

Presiden Josep Maria Bartomeu “tidak mahu dikenang sebagai presiden yang menjual Messi”.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan