Man United Putus Asa Dapatkan Kane, Ten Hag Kecewa

Harry Kane adalah nama pemain yang dimahukan oleh Erik Ten Hag di Old Trafford.

Dan Kane dianggap pemain yang akan membantu Man United kembali membawa pulang kejuaraan liga ke Old Trafford.

Namun kini pengurusan tertinggi Man United dikatakan sudah mulai berputus asa untuk mendapatkan Harry Kane daripada Spurs.

Mereka menawarkan Erik Ten Hag beberapa pilihan lain menggantikan Kane.

Antaranya ialah Rasmus Hojlund. Perkara itu tidak begitu menggembirakan Erik Ten Hag.

Erik Ten Hag sebelum ini terlepas beberapa sasaran utamanya termasuk Frenkie De Jong.

Dan kini bakal menyaksikan impiannya untuk melihat Harry Kane memperkuat pasukannya semakin sukar.

Kane bukan saja menjadi sasaran Manchester United. Dia turut menjadi sasaran Real Madrid untuk menggantikan Karim Benzema.

Salah satu kesukaran dihadapi Man United adalah berunding dengan Daniel Levy.

Di mana Levy pernah menyatakan bahawa dia tak akan menjual Kane kepada mana mana kelab Inggeris. Jika terpaksa sekalipun harganya adalah berbeza dengan kelab dari luar England.

Harry Kane masih belum melanjutkan kontraknya di Spurs. Namun Levy yakin pemain itu akan menandatangani kontrak baharu dan bersara di kelab itu.

Levy malah sedia mendapatkan Harry Maguire, pemain yang pernah disarankan oleh Kane agar ditandatangani Spurs beberapa musim lalu.

Ketika itu Maguire cemerlang membantu United menamatkan saingan liga di tangga kedua.

Spurs kini memulakan era baharu di bawah pengurus baharu iaitu Ange Postecoglou yang baru menyertai mereka musim panas ini.

Baca yang lain