Man United Salahkan Komen Penyokong Punca Tarik Diri Rundingan Arnautovic

Bologna berasa sangat pelik dengan sebab Manchester United menarik diri daripada rundingan mendapatkan Marko Arnautovic.

Kegagalan mendapatkan Benjamin Sesko, Antony dan Darwin Nunez membuatkan United panik mencari no.9 yang baharu. Dengan nama Marko Arnautovic menjadi pemain yang dikehendaki Eric Ten Hag sebagai pembelian panik berbentuk jangka pendek.

Arnautovic dilaporkan berminat untuk pergi ke Manchester United. Namun Bologna menegaskan bahawa pemain itu bukan untuk dijual.

Manchester United sudah memulakan rundingan dan menghantar bidaan pertama untuk membeli pemain yang pernah bergandingan dengan Steve McLaren dan Erik Ten Hag ketika di Twente.

Bidaan tersebut ditolak. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan, Man United masih dalam proses untuk terus berunding. Tiba tiba mereka menghentikan rundingan tersebut.

Ada beberapa faktor dipertimbangkan Manchester United. Ini termasuk komen peminat Manchester United terutama sekali di media sosial tentang pemain itu.

Peminat merungut bahawa Arnautovic bukannya pemain yang bagus untuk Manchester United. Seterusnya pada masa lalu, Arnautovic pernah melakukan kesilapan berbentuk rasis.

Beberapa siri insiden rasis melibatkan Arnautovic telah dibangkitkan oleh segelintir penyokong Manchester United. Mereka menganggap kehadiran Arnautovic, dan Rabiot [kalau jadi] akan membuatkan bilik persalinan United lebih teruk selepas ini.

Keadaan itu membuatkan kelab menyatakan bahawa mereka mendengar rungutan para penyokong dan menarik diri daripada rundingan untuk mendapatkan pemain itu.

Perdebatan tentang perkara itu menjadi rumit. Peminat dan pemerhati mulai berbelah bagi pendapat mereka. Ya sangat rumit. Manchester United pula semakin kesuntukan masa untuk mendapatkan penyerang baharu.

Ada juga peminat yang mempersoalkan tindakan itu. Peminat Manchester United merungut sama je dengan peminat lain di dunia ini yang sentiasa ada je benda dirungutkan.

Kalau betul pemain itu dinilai bagus, kelab seharusnya memberikan sokongan kepada Erik Ten Hag untuk mendapatkannya.

BigM berkatal: “Bayangkan kalau Arsenal mendengar rungutan penyokong ketika cuba menandatangani Aaroon Ramsdale? Ini mengarut sangat dah. Tandatangani pemain yang kamu percaya sesuai dengan sistem kami. Bukan penyokong yang keluarkan duit beli pemain.”

Ada yang menuduh sebenarnya Glazer memang mencari alasan untuk tidak berbelanja pada kali ini.

Seorang peminat berkata: “Kalau betullah peminat Manchester United ini memiliki suara yang didengari kelab, rasanya sudah lama kita tak menyaksikan gandingan McFred di tengah padang.”

Ada juga yang meminta Glazers mendengar rungutan mereka tentang pemilikan kelab dan berambus segera.

Koresponden pro Manchester United dari MEN, Samuel Luckhurst memuji campur tangan kelab untuk menghalang Ten Hag daripada mendapatkan Marko Arnautovic.

Dia mempersoalkan, takkanlah tiada senarai lain dalam data scouting Manchester United? Adakah mereka cuba mengulangi perkara yang mereka pernah lakukan ketika mendapatkan Ighalo?

Samuel berkata: “Manchester United sedia menandatangani Arnautovic adalah satu skandal. Ighalo dulu pun macam ni, 2 tahun setengah kemudian, mereka cuba menandatangani pemain lebih tua dan pernah bermain di China. Pada musim panas, skuad ini telah dibina semula. Mereka telah mempermainkan penyokong.”

“Selain itu, memberikan sokongan membabi buta kepada pengurus dalam mensasarkan pemain yang dia kenali yang pernah bermain di Belanda adalah satu kelemahan yang teruk.:

“Itu bukan caranya mengendalikan pasukan bukan liga [sekalipun], tidak kiralah Manchester United sekalipun.”

“Kelab ini sedang berada dalam keadaan tersepit.”

“Jika kelab lain menandatangani Arnautovic, kita akan kata mereka sudah hilang arah dan carilah pemain lain. Mungkin kelab macam Bournemouth kalau terdesak sangat,  boleh la kita bagi pengecualian. Tetapi skarang di Manchester United membida untuk mamat ni. Dia mungkin tiada dalam senarai panjang 804 penyerang [dalam data scout] pada 2019.”

Baca yang lain