Man United Sedia Tawarkan De Jong Gaji Lebih Besar Dari CR7 Dan Bayar Tunggakan Gaji Di Barca

Manchester United dilaporkan sedia untuk melakukan percubaan terakhir untuk mendapatkan Frenkie De Jong. Hal ini kerana dia merupakan sasaran utama Erik Ten Hag.

John Murtough sebelum ini pernah berjanji akan memberikan Ten Hag pemain yang beliau suka. Selepas terlepas tandatangan Darwin Nunez, Murtough tidak mahu terlepas De Jong. Kerana pemain ini dianggap keutamaan oleh Ten Hag.

Saga perpindahan De Jong ke Manchester United dianggap paling sensasi pada jendela perpindahan kali ini. Sehingga ada yang mulai menyampah. Berlaku tarik tali di kem Barcelona dan Man United. Walaupun De Jong kekal dengan pendirian tidak mahu pindah.

Selepas beberapa siri rundingan gagal, Man United dikatakan akur dan menuruti permintaan harga EUR85 juta untuk De Jong.

Malangnya, pemain itu pula tak mahu menerima perpindahan itu. Sebelum itu Barcelona memang nak menjual De Jong. Tetapi, selepas mendapat suntikan dana, Barca menyatakan mereka mahu kekalkan De Jong pula. Selepas itu De Jong enggan menerima pemotongan gaji sehingga 40%. Syarat untuk dia jika mahu kekal.

Kerana Barca tidak mahu gaji pemain itu terlalu tinggi akan menganggu akaun FFP mereka. De Jong merupakan penerima gaji tertinggi di Barca dengan EUR450k seminggu.

Baru baru ini Xavi mengakui dia kagum dengan kualiti De Jong namun ada FFP yang harus mereka fikirkan. Ketika ini Barcelona masih belum dapat mendaftarkan pemain pemain baharu mereka. Walaupun Tebas yakin perkara itu akan dapat diselesaikan sebelum musim bermula.

Manchester United yang hanya membawa masuk Christian Eriksen di bahagian tengah, mahukan De Jong. Dan mereka sedia membayar pemain itu gaji yang setara dengan apa yang dia terima di Barca iaitu EUR450k. Malah United dikatakan sedia membayar lebih tinggi untuk menjadikan De Jong penerima gaji tertinggi.

Ketika ini penerima gaji tertinggi di Manchester United ialah Cristiano Ronaldo dengan EUR518k seminggu.

De Jong mungkin akan ditawarkan kontrak EUR550k seminggu di Old Trafford.

Seterusnya, United mendengar De Jong mahukan tunggakan gajinya di Barca diselesaikan jika kelab itu mahu menjualnya. Dan Manchester United menawarkan opsyen untuk membayar tunggakan tersebut. Mungkin dengan pakej gaji secara terkumpul dalam kontrak yang panjang?

Itu menunjukkan betapa Manchester United benar benar serius mahukan De Jong.

Laporan yang sama dari Sports ES menyatakan bahawa De Jong lebih suka berpindah ke kelab yang bermain di UCL jika Barca benar benar mendesak perpindahannya.

Chelsea antara kelab yang memantau perkembangan De Jong.

Erik Ten Hag jelas sekali mahukan De Jong. Jika tidak sekarang, pada jendela perpindahan seterusnya, pemain itu akan tetap dalam senarai keutamaannya.

De Jong tidak terdesak bergabung semula dengan Ten Hag. Menurut Marca, walaupun De Jong membangun pesat di bawah Ten Hag ketika di Ajax, tetapi kedua dua mereka bukanlah sangat rapat di luar.

Adakah De Jong akan ke Old Trafford dalam jendela perpindahan kali ini? Ianya dianggap perpindahan impian Ten Hag. Pemain ini menjadi teras sistemnya di Ajax satu ketika dahulu.

Xavi menyatakan bahawa buat masa ini dia sendiri tak tahu tentang masa depan De Jong. Xavi sudah 3 kali menurunkan De Jong di bek tengah. Namun dia sudah dikembalikan ke posisi tengah dalam aksi pra musim terakhir mereka baru baru ini.

Apapun Xavi menyatakan, De Jong memang boleh bermain bek tengah, dan tiada kaitan dengan usaha Xavi mahu membuatkan pemain itu tak selesa dan mahu membuang pemain itu.

Baca yang lain