Manchester City Marah Dan Mengesyaki Mendes Sebenarnya Scam Mereka

Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan Manchester City sepanjang minggu ini. Dan tiba tiba Man United masuk dalam persaingan terus memenangi tandatangan pemain itu.

Fabrizio Romano menyatakan bahawa, Manchester City tidak pernah melakukan bidaan rasmi ke atas Ronaldo. Namun mereka tetap meletakkan Ronaldo sebagai opsyen perpindahan kali ini selepas gagal mendapatkan Harry Kane.

Juventus tidak mahu kehilangan Ronaldo. Pada masa yang sama tidak mahu Ronaldo pergi percuma. Pemain itu juga sudah menyatakan dia mahu keluar.

Allegri mengesahkan Ronaldo tidak terlibat dalam tugasan minggu ini kerana dia mahu keluar daripada Juventus.

Mereka menunggu bidaan rasmi daripada Man City dengan meletakkan tanda harga EUR30 juta.

Mendes menawarkan Ronaldo ke Manchester City. Dan difahamkan, kedua dua pihak sudah membicangkan soal kontrak dan gaji.

Dan City turut menawarkan jumlah gaji yang sama seperti ditawarkan United iaitu gaji GBP480k seminggu.

Mendes meyakinkan Manchester City bahawa Ronaldo adalah calon tepat untuk mengisi posisi no.9 di City selepas kelab itu terlepas Harry Kane.

Mendes turut meyakinkan City bahawa beliau akan sedaya upaya membantu City agar perpindahan itu direalisasikan.

Mendes hubungi Man United

Mendes kemudian menghubungi Man United dan berbincang kalau kalau kelab itu mahu membawa Ronaldo pulang.

Sebelum ini Mendes turut menghubungi PSG tetapi kelab itu tak berminat dengan Ronaldo kerana hanya mahukan pemain itu secara percuma musim hadapan jika Mbappe meninggalkan kelab mereka.

Manchester City kemudian percaya bahawa mereka mendahului pesaing mereka yang lain untuk mendapatkan tandatangan Ronaldo pada pukul 8 pagi semalam waktu UK. City sudah sedia melancarkan bidaan rasmi.

Sehinggalah mereka mendengar Mendes turut bercakap dengan Man United.

City merasakan ada perkara tak kena dalam rundingan ini dan menganggap Mendes hanya menggunakan mereka untuk menarik perhatian Man United menawarkan kontrak besar kepada Ronaldo.

City mengumumkan bahawa mereka tidak lagi mengejar Ronaldo. Lalu United melancarkan bidaan rasmi dan diterima Juventus.

Manchester City kecewa dengan keadaan itu. The Athletic melaporkan bahawa, tindakan Mendes itu mungkin baru sahaja menyebabkan hubungan beliau dengan City sudah tak ngam.

City mungkin akan mengharamkan nama Mendes daripada urusan jual beli pemain selepas ini.

Salah City sendiri?

Namun ramai juga peminat Man City menyalahkan kelab mereka sendiri yang tidak bertindak pantas dalam mendapatkan Ronaldo.

Di mana City dikatakan cuba bermain dengan keadaan Ronaldo yang dilihat terdesak mahu keluar dan Juventus juga terdesak mahu menjualnya.

City dilihat sengaja melengahkannya agar mereka mendapatkan harga lebih rendah daripada EUR30 juta diminta Juve.

Seterusnya City juga dikatakan cuba untuk mendesak Juventus menerima pemain yang mereka mahu reject untuk ditukarkan dengan Ronaldo.

Koresponden Paul Hirst turut melaporkan bahawa, Ronaldo pada satu ketika merasakan bahawa City sebenarnya tidak serius 100% mahukannya.

Akhirnya City melepas!

Cristiano Ronaldo rasminya menyertai Man United. Dan pengumuman rasmi telah pun dibuat. Cuma pengenalan di hadapan media sahaja menunggu tarikhnya.

Ronaldo dijangka akan melakukan debut keduanya bersama United pada aksi berdepan Newcastle.

Kepulangan Ronaldo disambut girang oleh peminat Man United yang sudah lama menantikan detik tersebut.

Baca yang lain