Manchester United Dan Arsenal Bersaing Dapatkan Pemain €100 Juta, Joao Felix

Fabrizio Romano melaporkan bahawa dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Arsenal kini sedang bersaing untuk mendapatkan Joao Felix.

Pengurus kedua dua pasukan sudah terbuka menyatakan bahawa mereka akan cuba menandatangani pemain pada pasaran perpindahan Januari.

Arteta menegaskan bahawa skuad Arsenal yang ada pada hari ini masih tidak cukup bagus untuk mengabaikan jendela perpindahan Januari. Ditambah dengan kecederaan Gabriel Jesus.

Sementara itu, Erik Ten Hag berkata mereka sedang memburu pemain di posisi serangan selepas Man United menamatkan kontrak Cristiano Ronaldo.

Erik Ten Hag berkata: “Kami kehilangan seorang penyerang [Ronaldo] maka kami mahu bawa masuk penyerang. Namun kami tidak menandatangani pemain hanya untuk memenuhkan skuad, kami akan melihat profil pemain yang sesuai.”

“Kami ada standard yang tinggi di sini, di Manchester United.”

Arsenal masih berusaha membawa masuk Mikhaylo Mudryk. Di mana Arsenal masih bergelut dari segi harga kerana Shaktar Donetsk dilaporkan meminta bayaran lebih tinggi daripada yang ditawarkan Arsenal.

The Gunners kini datang dengan tawaran lebih tinggi iaitu €40 juta + €20 juta bonus.

Sementara Man United yang baru menerima berita bahawa salah seorang pemain sasaran Ten Hag, Cody Gakpo sah milik Liverpool.

Arsenal dan Man United kini mengalihkan perhatian kepada pemain perancang kreatif Atletico Madrid, Joao Felix yang pernah dibeli dengan nilai €100 juta. Angka itu mencecah sehingga €120 juta sekali dengan bonus.

Menjadikannya pemain remaja termahal dalam sejarah bola sepak.

Felix mahu angkat kaki

Pemain itu dilaporkan masih tidak menunjukkan minat mahu melanjutkan kontraknya di Atletico Madrid.

Joao Felix turut tidak gembira dengan perananannya musim ini di Atletico Madrid yang agak terhad.

Kelab tersebut sedia menjualnya dengan harga yang dianggap baik. Atletico ketika ini antara pasukan yang berusaha mengurangkan bil gaji pemain mereka untuk membolehkan mereka mengelak daripada mengalami masalah akaun FFP yang tidak sihat.

Jadi, Joao Felix berpotensi dijual untuk perpindahan Januari ini. Dengan Man United dan Arsenal benar benar berminat dengan pemain itu.

Arsenal dan Man United bersaing dapatkan Joao Felix

Kedua dua kelab sedang berunding dengan ejen pemain tersebut iaitu Jorge Mendes. Perbincangan yang intensif dibuat oleh ejen tersebut dengan kelab EPL tersebut.

Mikel Arteta merasakan bahawa Joao Felix benar benar menepati profil pemain yang dia mahukan dari segi taktikal. Felix memahami kehendak taktikal bola sepak moden walaupun dia beraksi dalam sistem yang lebih rigid dan pragmatik di bawah kendalian Diego Simeone di kelabnya ketika ini, Atletico Madrid.

Namun kedua dua kelab, Man United dan Arsenal juga waspada dengan Chelsea yang turut memantau situasi pemain itu. Di mana Chelsea mungkin akan turut berminat untuk melancarkan bidaan ke atas pemain itu.

Atletico dilaporkan meletakkan tanda harga €100 juta ataupun sekitar £86 juta untuk pemain antarabangsa Portugal itu. Atletico anggap harga itu sebagai harga setelah didiskaun memandangkan mereka membayar sehingga EUR120 juta secara total untuk Felix.

Beberapa laporan menyebut bahawa, Arsenal agak mendahului persaingan mendapatkan Joao Felix. Dengan Mikel Arteta juga menaruh keyakinan yang sama.

Felix yang menamatkan saingan dalam Piala Dunia 2022 bersama negaranya dengan tersingkir di peringkat suku akhir.

Dia berharap akan terus memainkan pernanan penting di peringkat kelab untuk menjadikannya pemain utama pasukan kebangsaan secara konsisten.

Joao Felix merupakan pemain yang boleh beraksi di banyak posisi.

Dia boleh bermain di bahagian sayap, no.10, no.8 malah false no.9 sekalipun.

Versatiliti ini membuatkan pengurus seperti Mikel Arteta dan Erik Ten Hag benar benar berminat mendapatkannya.

Baca yang lain