Manchester United Tak Layak Beraksi Di Pentas Eropah

Ralf Rangnick berkata Manchester United tidak layak untuk bermain bola sepak Eropah musim depan jika mereka terus beraksi dalam keadaan lemah seperti yang ada sekarang. Terutama sekali ketika kekalahan 1-0 kepada Everton pada hari Sabtu.

Rangnick mahu para pemain Manchester United sedar bahawa kualiti yang mereka ada sekarang adalah tidak cukup bagus untuk bersaing di pentas eropah.

Pengurus dari Jerman itu gagal mencetuskan kebangkitan yang diharapkan oleh lembaga pengarah Manchester United apabila dia mengambil alih jawatan sebagai pengurus sementara selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada akhir November.

Di mana Rangnick sebenarnya antara calon pengurus tetap Man United. Terutama sekali jika dia berjaya memberikan kejayaan UCL kepada United musim ini. Malangnya skuad Manchester Merah itu tersingkir di tangan Atletico Madrid.

Di peringkat domestik, United hanya memenangi lapan daripada 17 perlawanan Liga Perdana Inggeris yang dikendalikan Rangnick. Dan ekalahan Sabtu lalu menyebabkan mereka enam mata di belakang Tottenham Hotspur, yang menduduki tempat keempat dan slot terakhir Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Rangnick, yang akan kekal sebagai penasihat sebaik pengganti untuk pengurus sepenuh masa dinamakan, berkata berdasarkan paparan aksi longlai menentang Everton United, kekurangan apa yang diperlukan untuk bermain di Eropah.

Rangnick berkata: “Jika kami bermain seperti yang kami lakukan di sini, kami tidak layak untuk beraksi di Eropah.”

“Pemain sendiri sepatutnya bersemangat untuk bermain bola sepak antarabangsa, jika boleh Liga Juara-Juara Eropah.”

“Untuk melayakkan diri ke Eropah, anda perlu dapat menjaringkan gol dalam masa 95 minit dalam permainan seperti ini.”

Rangnick berasa malu dengan ketidakupayaan pasukannya untuk menjaringkan gol menentang pasukan Everton yang tewas 3-2 di tangan Burnley pada pertengahan minggu.

“Dengan rasa hormat kepada Everton — kerana mereka sememangnya mempunyai pasukan yang bagus — tetapi jika anda tidak menjaringkan gol menentang pasukan yang dibolosi tiga gol menentang Burnley, anda tidak boleh mengharapkan apa-apa daripadanya,” kata pengurus berusia 63 tahun itu.

Rangnick menolak idea bahawa spekulasi mengenai siapa yang akan menjadi pengurus seterusnya telah mengalih perhatian pemain pemain United. Kerana dikatakan para pemain ada pilihan masing masing.

Jurulatih Ajax Belanda, Erik ten Hag dikhabarkan akan menjadi orang seterusnya yang ditugaskan untuk menghidupkan semula roh kebangkitan di United sebagai pencabar kejuaraan liga selepas bertahun-tahun mereka dalam keadaan mengecewakan.

Dia akan menjadi bos tetap kelima United sejak pemergian Alex Ferguson yang memberikan kejuaraan terakhir Liga Perdana Inggeris buat Manchester United pada 2013 — ini akan menjadi musim kelima berturut-turut yang mereka habiskan tanpa trofi.

“Saya tidak fikir ini sepatutnya menjadi alasan,” kata Rangnick.

“Kami adalah Manchester United. Kami mempunyai ramai pemain antarabangsa. Tidak sepatutnya ada alibi.”

“Akan ada pengurus baharu musim depan. Jika ini diumumkan sekarang atau dalam 10 hari ia tidak sepatutnya memberi kesan kepada prestasi di atas padang.”

Penjaga gol United dari Sepanyol, David de Gea mengulangi kata-kata Rangnick yang berkata dengan hanya satu kemenangan dalam lima perlawanan liga terakhir – maka untuk mereka menamatkan saingan di empat teratas nampaknya satu tugas yang mustahil.

“Kami tidak cukup bagus, sudah pasti. Ia akan menjadi sangat sukar sekarang untuk berada dalam empat teratas,” kata De Gea.

“Kami tidak menjaringkan gol, malah tidak mencipta peluang yang sesuai untuk menjaringkan gol.”

“Mereka mempunyai keinginan yang lebih daripada kita, yang tidak boleh diterima.”

Baca yang lain