Mane Didenda €300+ Ribu, Bayern Mahu ‘Kick’ Beliau Pada Jendela Perpindahan Akan Datang

Pengurusan tertinggi Bayern dilaporkan telah sebulat suara mahu menjual Sadio Mane serta merta pada jendela perpindahan akan datang.

Ianya berikutan masalah disiplin pemain itu, di mana Mane menumbuk rakan sepasukannya Leroy Sane sampak koyak bibir beliau.

Ianya adalah kisah dalam episod terbaru pasukan yang digelar Hollywood FC. Merujuk kepada Bayern, di mana pemain pemain mereka kerap terlibat dalam insiden yang sensasi.

Mane sudah meminta maaf di atas insiden itu. Thomas Tuchel turut menyatakan bahawa dia masih memberikan sokongan kepada Mane, dan percaya pemain itu benar benar menyesali perbuatannya.

Mane menumbuk Leroy Sane selepas bertengkar dengan pemain itu di dalam padang. Mane tidak berpuas hati dengan kata kata kesat dilemparkan Sane kepadanya.

Sementara itu, Leroy Sane sebelum ini sudah menyatakan bahawa hukuman penggantungan ke atas Sadio Mane agak melampau. Kerana ketika ini, pasukan mereka perlukan setiap pemain bersedia untuk membantu pasukan menamatkan kempen ini sebaik mungkin.

Dilaporkan, peguam Leroy Sane telah memberikan jaminan bahawa Sane tidak akan mempersoalkan jika Bayern tidak mengenakan tindakan ke atas Mane.

Kerana menurut Sane, perkara seperti itu membuatkan pasukan hilang tumpuan seketika.

Jika sebelum ini Sky Sports Jerman melaporkan dengan tepat insiden itu dan kemudian laporan tentang hukuman penggantungan Mane sehingga satu notis diberitahu kelak bahawa dia boleh kembali.

Kini sumber yang sama menyatakan bahawa Mane turut didenda lebih 300 ribu euro. Angka itu dianggap besar. Lothar Matthaus beranggapan, Mane memang layak didenda.

Koresponden Florian Plettenberg menganggap nilai denda itu agak sensitif buat Mane. Kerana ianya menunjukkan bahawa kesalahan pemain itu sangat besar.

Bayern mahu kick Mane

Seterusnya, pengurusan tertinggi Bayern juga mahu menendang segera Sadio Mane daripada Bayern. Dan menganggap pembelian Mane ibarat satu kerugian.

Panel penilai menilai bahawa perpindahan itu setakat ini dianggap satu kesilapan.

Mane baru menyertai Bayern dari Liverpool musim ini. Dia dibawa masuk setelah kelab melepaskan Robert Lewandowski yang dulu terlibat dalam konflik dengan Julian Nagelsmann – satu lagi drama dalam Hollywood FC.

Pemain itu tidak dapat menunjukkan prestasi peringkat tertinggi secara konsisten bersama Bayern. Mane turut diganggu oleh masalah kecergasan dan kecederaan.

Namun alasan itu tidak cukup untuk Bayern mahukan pemain itu kekal selepas dia buat hal dengan menumbuk Leroy Sane.

Selain itu Tuchel juga dikatakan tidak berminat dengan Sadio Mane. Yang dianggap tak sesuai dengan taktikalnya. Maka Bayern akan sedaya upaya cuba memastikan Mane dijual selepas ini.

Baca yang lain