Manusia Terkaya Di Dunia, Elon Musk Umum Mahu Beli Manchester United Daripada Glazer

Manusia terkaya di dunia. Elon Musk, pada hari Selasa menulis tweet bahawa dia sedang dalam proses membeli kelab bola sepak Manchester United, tanpa memberikan sebarang butiran lain lagi,

Musk mempunyai sejarah yang tidak konvensional dan membuat tweet yang tidak sopan, dan tidak jelas sama ada dia merancang untuk mendapatkan Manchester United. Kerana Musk ada reputasi dia akan membuat perkara yang dia sebut termasuk di dalam Twitter.

“Dan satu lagi, saya sedang membeli Manchester United, sama sama,” kata Musk dalam tweet.

Pasukan Manchester United kini dimiliki keluarga Glazer yang berasal dari Amerika Syarikat.

Akhbar British The Daily Mirror melaporkan tahun lalu bahawa Glazer bersedia untuk menjual kelab itu tetapi hanya jika mereka ditawarkan harga melebihi 4 bilion pound ($4.84 bilion).

Musk kini cuba untuk keluar daripada perjanjian $44 bilion untuk membeli syarikat media sosial Twitter, yang telah membawanya ke mahkamah.

Manchester United adalah salah satu kelab bola sepak antara yang terbaik di dunia terutama sekali dari segi jumlah penyokong dari seluruh dunia.

Mereka telah menjadi juara England sebanyak 20 kali dan telah memenangi Piala UCL, pertandingan kelab paling berprestij sebanyak tiga kali.

Ketidakpuasan hati di kalangan peminat Manchester United terhadap kekurangan cita-cita oleh Glazers untuk membawa masuk pemain terkemuka semakin menjadi-jadi selepas kelab itu menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Manakala saingan sebandar mereka, Manchester City memenangi kejuaraan kedua berturut-turut.

Kelab bola sepak itu mempunyai permodalan pasaran $2.08 bilion, pada penutupan pasaran saham Selasa.

Peminat Manchester United sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memprotes melaungkan anti Glazers, yang membeli kelab itu pada harga 790 juta pound ($955.51 juta) pada 2005, kerana kesukaran pasukan di atas padang.

Gerakan anti-Glazer mendapat momentum yang lebih kuat pada tahun lalu selepas United terlibat dalam percubaan yang gagal untuk membentuk Liga Super Eropah.

Beberapa peminat telah menggesa Musk untuk benar benar membeli Manchester United daripada membeli Twitter.

Musk mempunyai sejarah tindakan dan komen yang tidak konvensional, sehingga kadangkala sukar untuk mengetahui sama ada dia bercakap benar atau dia sedang bergurau.

Forbes menganggarkan kekayaan Elon Musk sebanyak $270 billion.

Baca yang lain