Marquez Rehat Lagi Kerana Patah Tulang Tangan

Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez, akan terlepas MotoGP Argentina 2023 kerana kecederaan dan perlu menjalani pembedahan.

Pemilik lapan gelaran dunia itu pastinya akan terlepas siri perlumbaan kedua yang akan berlangsung di Litar Honda Termas de Rio dari 31 Mac hingga 2 April 2023.

Marquez tidak hadir pada MotoGP Argentina 2023 kerana patah di buku jari tangan kanannya.

Pasukan Honda Racing Corporation (HRC) mengesahkan pelumba berusia 30 tahun itu akan menjalani pembedahan kedua pada tulang metacarpal.

“Selepas menjalani pembedahan untuk membaiki patah metakacarpal pertama di tangan kanannya, Marc Marquez akan terlepas siri kedua MotoGP 2023,” kata kenyataan HRC.

“Selepas kembali ke Sepanyol untuk ujian lanjut, Marc Marquez disahkan mengalami patah tulang intra-artikular di pangkal metacarpal pertama ibu jari kanan.”

“Pelumba nombor 93 akan menjalani pembedahan di Hospital Antarabangsa Ruber di Madrid tidak lama lagi.”

“Pembedahan itu akan diketuai oleh Dr. Ignacio Roger de Ona bersama dua lagi anggota pasukan perubatan yang terdiri daripada Dr Samuel Antuna dan Dr. Andrea Garcia Villanueva.”

Keretakan di bahagian belakang serta tapak tangan kanan Marquez berpunca daripada kemalangan semasa perlumbaan MotoGP Portugal.

Marquez gagal memberhentikan motosikalnya sehingga merempuh Jorge Martin (Prima Pramac) dan Miguel Oliveira (CryptoDATA RNF) pada pusingan ketiga.

Dia sebenarnya dikenakan penalti kerana kesalahan itu. Marquez menerima hukuman itu dan menganggapnya tepat.

“Pembedahan itu terdiri daripada pengurangan tertutup patah dan penetapan dalaman pada titik yang sama dengan dua skru digunakan tanpa gangguan,” sambung kenyataan HRC.

“Marc Marquez dan pasukan Repsol Honda telah memutuskan bahawa Juara Dunia lapan kali itu akan melangkau pusingan MotoGP seterusnya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemulihan dan mara ke pusingan seterusnya dalam keadaan terbaik.”

Baca yang lain