Marsellino Ferdinan Mahu Bentes Messi: “Sebab Saya Fans Tegar Ronaldo”

Peminat fanatik Cristiano Ronaldo, Marselino Ferdinan berimpian untuk membentes Lionel Messi.

Sebaik sahaja Argentina mengumumkan akan bertemu dengan Indonesia dalam aksi persahabatan FIFA, pemain kebangsaan Indonesia, Marsellino Ferdinan benar benar berharap akan dapat berlawan dengan Messi.

Dia ketika itu berkata: “Nampak gayanya saya akan melakukan sliding tackle. Sebab apa? Sebab saya peminat Ronaldo!”

@batamnews

Ngaku Fans Ronaldo, Marselino Ferdinan Ingin Tekel Messi saat Indonesia Lawan Argentina #marselinoferdinan #messi #ronaldo #fifamatchday #tiktokberita

♬ The Fast – Official Sound Studio

 

Menjelang aksi di antara Argentina dan Indonesia yang akan berlangsung di Jakarta, Marsellino Ferdinan ditanya kembali tentang komen dia beberapa bulan lalu.

Dan pemain itu menyatakan bahawa itu cuma gurauan.

“Komen nak tekel Messi itu cuma bercanda aja,” tegas beliau.

Indonesia berpeluang untuk membuat kejutan ketika bertemu dengan pasukan no.1 dunia Argentina, yang juga juara Piala Dunia 2022.

Mahu melupakan tentang komen membentes Messi, Ferdinan menambah:

“Apa yang pasti saya akan memberikan 100 peratus ketika berada di atas padang demi bangsa dan negara Indonesia.”

Mungkin satu berita yang kurang enak adalah, Lionel Messi mungkin tidak akan beraksi menentang Indonesia.

Laporan daripada kem Argentina menyebut pemain itu berhak mendapat cuti rehatnya selepas membuat perpindahan daripada PSG ke Inter Miami di Amerika Syarikat.

Namun buat masa ini, peminat Indonesia kekal berharap agar superstar Lionel Messi akan beraksi di Stadium Gelora Bung Karno.

 

Baca yang lain