‘Masa Depan Ozil Di Arsenal Dah Berakhir Kerana Sikapnya’

Legenda Arsenal, Ia Wright percaya bahawa Mikel Arteta akan mencari playmaker baharu dan masa depan Ozil di Arsenal boleh dikira berakhir.

Arsenal kini bergelut dengan prestasi. Namun di dalam usaha mereka cuba mendapatkan slot Eropah sebaik liga disambung semula, Arsenal langsung tidak menurunkan pemain bergaji paling tinggi itu.

Wright menegaskan bahawa, apa yang paling ditekankan oleh Arteta adalah sikap dan disiplin. Ian Wright percaya Arteta bijak dalam mengendalikan kes melibatkan pemain bintang nama besar itu.

Ramai yang tertanya tanya tentang nasib pemenang Piala Dunia tersebut, selepas beliau beberapa kali memuat naik gambarnya bersedia untuk bermain, namun tetap tidak diturunkan.

Menurut Ian Wright, Arteta bukan semata mata menagih kreativiti daripada seorang no.10, namun beliau mahukan pemain yang rajin dan intensif.

Perkara yang sama membuatkan Ozil kehilangan tempat ketika era Unai Emery. Di mana Unai menyatakan Ozil tidak cukup bagus ketika bertahan.

Ozil pemain yang santai, dan sering dilabel malas bertahan. Dan kini Ozil mungkin sedang menuju jalan keluar dari Emirates.

Arteta terpaksa melepaskan pemain berusia 31 tahun itu dari rancangannya, dengan bekas pemain antarabangsa Jerman itu belum bermain bola sepak walaupun satu minit sekalipun, sejak aksi Liga Perdana disambung semula pada pertengahan bulan Jun.

Ozil masih mempunyai 12 bulan lagi dengan Arsenal. Wakil Ozil sebelum ini menyatakan pemain itu mengintai kontrak lumayaan di Arsenal.

Tetapi berdasarkan situasi semasa, Ian Wright merasakan, segalanya sudah berakhir.

Wrught berkata: “Saya rasa dia dah ‘tiada’ lagi di Arsenal.”

“Ini semua mengenai sikap. Masalahnya adalah ketika anda melihat Dani Ceballos, dia pun mempunyai masalah sikap, namun Mikel berjaya memperbetulkan pemain itu, dan kini dia kembali semula ke dalam pasukan utama.”

“Matteo Guendouzi – mereka menyatakan bahawa dia bermasalah – dia tidak berada dalam pasukan.”

“Mikel memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk masuk ke dalam pasukan jika sikap mereka betul tetapi pada saat ini sikap mereka tidak tepat.”

“Arsenal memerlukan beliau [Ozil], tentu saja.”

“Tetapi saya percaya bahawa dia adalah seseorang yang telah ‘pergi’ dari Arsenal – sama ada dia kekal atau Mikel menyingkirkannya, kita tidak akan melihat beliau bermain untuk Arsenal lagi.”

Salah satu daripada masalah untuk Arsenal ialah mencari kelab yang bersedia mengambil gaji Ozil yang lebih £350,000 seminggu.

Arsenal kini berusaha untuk mendapatkan dana tambahan bagi melanjutkan kontrak Pierre Emerick Aubameyang. Jadi, menyingkirkan Ozil salah satu daripada cara terbaik untuk mereka.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang