Masa Tambahan 14 Minit Kerana Penyokong Everton Ikat Diri Pada Tiang Gol

Satu detik mengejutkan berlaku di Goodison Park, di mana penyokong Everton mengikat dirinya dengan cable ties pada tiang gol.

Penyokong tersebut melakukan perkara gila itu kerana tunjuk perasaan berdasarkan baju t yang digunakannya.

Dia bukan protes atau tunjuk perasaan keraja prestasi semasa Everton tetapi  melakukan protes mewakili aktivis mesra alam sekitar.

Kumpulan anti kerajaan yang digelar ‘Just Stop Oil’ mengakui bertanggungjawab di atas perkara tersebut.  Penunjuk perasaan tersebut turut memakai baju Just Stop oil berwarna jingga.

Lelaki yang bernama Louis itu telah menceroboh masuk ke dalam padang Goodison Park pada minit ke-57. Memaksa pengadil Craigh Pawson menghentikan seketika perlawanan secara serta merta.

Beberapa staf cuba membantu membuka ikatan tersebut. Dan kelihatan usaha itu bukan semudah disangkakan. Ye la, kau beli barang kat Mydin pun menggelupur nak buka cable ties yang diikat kat plastik kau, ni kan pula cable ties yang besar tu. Memang susah la nak dibuka.

Kemudian, lebih dramatik apabila tiba tiba seorang lagi penyokong mencekik penyokong tersebut yang tidak mahu dikeluarkan dari atas padang.

Dia benar benar bengang dengan Louis yang mengganggu perlawanan tersebut.

Dalam kenyataan mereka menerusi Twitter, kumpulan Just Stop oil mengkritik kerajaan yang berterusan meneroka minyak baharu dan memberikan kesan kepada pemanasa global.

“Sudah 2002, dan sudah tiba masanya untuk melihat, bangkit dan bukan sekadar bersedia. Sudah tiba masanya untuk bertindak seolah olah ini satu kecemasan.”

“Laporan  demi laporan memberitahu saya bahawa masa depan akan menjadi membimbangkan. Namun kerajaan saya memberitahu bahawa, jangan risau dan menggantikannya dengan pencen.”

“Namum kami ada pilihan. Kami memilih untuk menggariskan bahawa iklim kita sedang rosak, kita boleh memilih untuk menentang kerajaan yang mengkhianati kita. Kita boleh memilih untuk bangkit dan bukan sekadar bersedia.”

“Kerajaan mengkhianati kita dengan membiayai projek penerokaan minyak baharu di Lautan Utara. Minyak baharu bermakna kehancuran kepada masa depan anak anak kita.”

Tunjuk perasaan Just Stop Oil berlaku di banyak tempat dalam beberapa hari ini.

Mereka membantah projek galian fosil untuk minyak tersebut. Mereka mulai melakukan tunjuk perasaan di beberapa acara besar di sekitar UK.

Kesannya perlawanan pada separuh masa kedua terpaksa ditambah 14 minit kerana terhenti agak lama.

Everton lepasi cabaran Newcastle

Di atas padang, Everton berjaya meraih 3 mata berharga dalam usaha mereka cuba mengelak penyingkiran.

Everton menang 1-0 ke atas Newcastle yang berada dalam prestasi yang sangat baik ketika ini.

Everton bermain 10 orang pada lewat separuh masa kedua selepas Allan dibuang padang pada minit ke-83.

Gol kemenangan Everton hadir pada masa kecederaan 90+9 menerusi bekas pemain Arsenal, Alex Iwobi.

Iwobi melakukan permainan kombinasi sempurna dengan Calvert Lewin.

Calvert Lewin melakukan assist cantik dengan backheel kepada Iwobi, yang kemudian dengan baik sekali melakukan rembatan leret dengan kaki lemahnya.

Newcastle gagal membalas gol tersebut dan Everton menang 1-0.  Ianya meredakan tekanan ke atas Everton yang berterusan gagal memenangi perlawanan liga mereka pada sebelum ini.

Hasil daripada kemenangan ini, Everton kini 3 mata di atas Watford yang berada di tangga ke-18. Dengan Everton masih ada 2 perlawanan dalam tangan berbanding Watford.

Ketika wisel penamat dibunyikan, Frank Lampard kelihatan sangat lega dengan kejayaan mereka memenangi perlawanan walaupun bermain dengan 10 pemain sahaja selepas kad merah ke atas Allan.

Baca yang lain