Masalah Utama Man United Adalah Tominay Dan Fred Lemah Recycle Bola

Bekas pemain Man United Danny Higginbotham menggariskan tentang taktikal Man United di bahagian tengah.

Man United sekali lagi keciciran mata dalam liga pada musim ini. Di mana Red Devils diikat oleh Everton.

Man United malah hampir kalah dalam perlawanan ini jika tidak VAR membatalkan gol Yerry Mina.

Bercakap kepada Astro, pundit itu menyatakan bahawa Fred dan McTominay boleh dikatakan pemain yang bagus dan rajin.

Namun selepas mereka memenangi bola, dua pemain ini tidak cergas dan cerdas untuk mengitar semula bola bagi mencetuskan ancaman segera.

Biasanya ini berkaitan dengan passing range, passing type dan ability serta visi.

Jadi, kedua dua pemain tipikal pemain ‘workhorse’ yang tidak ada flair di tengah berbanding dengan pemain pemain tengah dalam pasukan besar yang lain.

Misalnya Kevin De Bruyne di Man City,  Jorginho di Chelsea, Thiago di Liverpool.

Man United akan memiliki kitaran semula bola yang lebih baik apabila Pogba dan Fernandes berada di bawah.

Namun jika dua pemain ini di bawah, Man United secara tak langsung akan mengorbankan impak mereka di zon serangan. Dua pemain ini tipikal pemain, semakin dekat mereka dengan kawasan gol, semakin bahaya ancaman mereka.

Oleh itu, kita imbas kembali analisis Paul Scholes tentang bagaimana Bruno Fernandes akan ‘hilang’ dalam perlawanan besar — bukan game lawan Everton ni ye — kerana bebanan terpaksa ditarik ke bawah untuk mempercepatkan kitaran bola dengan hantarannya.

Tarik Bruno atau Pogba ke bawah

Musim lalu, Paul Scholes memberikan analisis ringkasnya kenapa Bruno Fernandes kerap bergelut dalam perlawanan besar terutama sekali berdepan dengan pasukan big six.

Paul Scholes menyatakan, di matanya, Bruno Fernandes tidak layak menjadi pemain terbaik musim ini kerana seringkali hilang impak dalam perlawanan besar.

Dipetik dari Optus Sports, Scholes berkata:

“Apa yang dia bawakan ke dalam pasukan United ini … sangat istimewa. Dia mencipta gol, menjaringkan gol – namun bukan dalam perlawan besar – tetapi di dalam banyak perlawanan.”

“Pada akhirnya, di Man United anda berada di sana untuk memenangi piala dan perlawanan besar dan dia harus menjadi pengaruh yang lebih besar daripada perlawanan seperti itu.”

Analisis ringkas Scholes

“Saya dapat memberikan alasan sedikit untuk beliau – dengan bahagian tengah United – yang bagi saya, mereka perlu melindungi pertahanan dengan banyak sekali, terutama dalam perlawanan besar, berdepan dengan pasukan menyerang yang bagus.”

“[Pemain tengah] duduk terlalu ke bawah dan dia tidak mendapat sokongan dari pemain tengah, sedangkan itu adalah penting baginya … Dia memerlukan pemain pemain lain di sekelilingnya untuk memacu mereka naik sehingga dia mendapat ruang yang dia mahukan.”

Scholes, yang memenangi 11 gelaran Liga Perdana dan dua Liga Juara-Juara di Old Trafford, menambah, faktor lain mengapa Fernandes tidak seharusnya meraih anugerah PFA musim lalu kerana pada pandangan beliau, pemain Manchester City lebih layak.

“Dia seharusnya berada dalam senarai pencabar [untuk Pemain Terbaik PFA], tidak ada keraguan tentang itu, tetapi saya selalu percaya bahawa pemain terbaik adalah pemain yang bermain untuk pasukan yang memenangi liga,” kata Scholes.

“Dan ada beberapa pemain City yang akan saya pilih sebelum Bruno.”

Memahami apa yang dimaksudkan Scholes

Sebenarnya Bruno Fernandes adalah pemain nombor 8. Beliau adalah pemain attacking midfielder. Secara prinsipnya pemain seperti ini, saya pernah jelaskan dahulu, semakin dekat mereka dengan kotak penalti lawan, semakin bahaya mereka kepada lawan.

Ataupun semakin tinggi mereka di atas padang, semakin berpengaruh permainan mereka. Mereka adalah enforcer. Sifat enforcer adalah menarik dan memacu pemain dari bawah bersamanya naik ke atas.

Fernandes adalah pemain yang sangat bagus berada di posisi zon 14. Jadi, pendekatan Ole juga boleh dikatakan punca kepada isu kenapa Fernandes bergelut dengan lawan big six.

Falsafah bola sepak Ole

Namun nak salahkan Ole 100% itu sukar. Kerana Ole adalah pengurus yang mengamalkan pendekatan asas bola sepak iaitu stabilkan belakang dahulu sebelum menyerang.

Berdepan dengan pasukan fluid dengan pemain berbakat seperti Liverpool, City atau Chelsea, mereka perlu mengutamakan perlindungan kepada back 4.

Jadi, dua pivot United iaitu Fred dan McTominay perlu memainkan peranan mereka. Kes ini sebenarnya mirip kepada kes Pogba. Pemain yang semakin dekat dengan kotak penalti lawan, semakin bahaya.

Namun potensi mereka kerap dihalang oleh masalah stabiliti di belakang. Dan mereka terpaksa turun lebih ke bawah untuk membantu melindungi back 4.

Oleh sebab itu Scholes berkata: “[Pemain tengah] duduk terlalu ke bawah dan dia tidak mendapat sokongan dari pemain tengah, sedangkan itu adalah penting baginya … Dia memerlukan pemain pemain lain di sekelilingnya untuk memacu mereka naik sehingga dia mendapat ruang yang dia mahukan.”

Jadi, Ole Gunnar Solskjaer perlu memikirkan soal recycle bola ini dengan lebih serius. Man United pasukan yang memiliki ramai pemain yang baik.

Baca yang lain