Matt Hardy Kongsi Aroma Daripada Stink Face Rikishi: “Saya Suka Bau Bedak Bayi”

Legenda WWE Matt Hardy akhirnya tampil menjelaskan bau daripada punggung Rikishi ketika melakukan stink face.

Salah satu perkara yang sukar menjadi legasi dalam WWE adalah gerakan stinkface kerana tak ramai yang nak buat atau ‘beli’ gerakan ini daripada lawan mereka. Ianya dicetuskan oleh penggusti legenda Rikishi. Stinkface antara gerakan popular pada attitude era.

Gerakan ini juga yang membuatkan Rikishi mahsyur sehingga berada di WWE Hall of Fame.

Gerakan ini dilakukan Rikishi dengan menggosok punggungnya dekat muka lawanya lawan yang terbaring di sudut gelanggang. Ia dilakukan untuk mengaibkan lawan dengan menenyeh muka mereka dengan punggugnya yang besar.

Rikishi akan melakukannya sehingga pengadil mengarahkan berhenti kerana lawan mereka sukar bernafas.

Paling teruk, Rikishi mengakui ada beberapa kali terkentut pada muka lawannya. Ahh sudah..

Penggusti dengan berat 181kg itu memperagakan aksi itu pertama kali pada Februari 2000 di Mobile, Alabama. Big Bossman merupakan mangsa pertamanya.

Antara penggusti popular yang pernah ditimpa punggung Rikishi dengan stinkface termasuk sepupunya, The Rock.

Nama besar lain yang pernah terkena ialah Kurt Angle, John Cena, The Rock, Stone Cold Steve Austin, Vince dan Stephanie McMahon, Trish tak lupa, pemain besbol legenda Pete Rose.

Rikishi menyatakan, sebelum melakukan Stinkface, beliau akan meminta kebenaran daripada McMahon dan lawannya.

Namun ada juga lawannya yang meminta mereka di-stinkface, kerana tahu ia salah satu cara ‘menjual’ rating. Dan pada masa yang sama mahu memberikan penghormatan kepada Rikishi untuk acara yang dia menjadi kad utama.

Memang la penghormatan. Tetapi silap haribulan hilang kehormatan terkena angin tu.

Beberapa penggusti lain juga pernah menggunakan stinkface ini. Antaranya Big Show, Cody Rhodes dan Tripple H.

Big Show mencatatkan rekod stinkface paling lama pada 2011, dengan duduk di muka Cody Rhodes hampir dua minit.

Laman What Culture menyenaraikan Stinkface adalah salah satu legasi pelik ditinggalkan Rikishi kepada WWE dan sukar untuk ia digunakan lebih meluas kerana tak ramai yang setuju terkena gerakan ini.

Matt Hardy akhirnya menjadi mangsa stink face terbaru memberikan komen tentang aroma daripada gerakan tersebut. Bercakap dalam podcast The Extreme Life of Matt Hardy penggusti berusia 47 tahun itu berkata:

“Saya akan jujur sahaja dengan kami. Ketika pertama kali saya mendapat tahu saya akan menerima stink face, saya berkata: Ya Tuhan ku, macamanalah rasanya ni nanti.

“Sebenarnya, walaupun gerakan itu digelar stink face [muka berbau busuk], tidak semestinya punggung Rikishi berbau busuk. Bau ketika itu seperti bedak bayi. Sebearnya, Rikishi seorang yang akan cuba sedaya upaya memastikan dia dalam keadaan bersih untuk kamu. Ya, macam bedak bayi.”

“Saya langsung tiada masalah dengannya. Saya malah sukakannya [bau bedak bayi].”

Hardy terkena stink face itu pada episod smackdown 2002. Sudah 20 tahun yang lalu nampaknya peristiwa itu.

Bukan semua dapat bau bedak bayi

Mungkin Hardy bernasib baik kerana merasai bau bedak. Sebab ada beberapa penggusti lain menjadi mangsa kepada kentut Rikishi ini.

Jadi, Rikishi ni kira pilih bulu la ye. Terutama sekali dengan bos WWE sendiri, Vince McMahon yang pernah menjadi mangsa kentutnya. Choiii.

Rikishi mengakui dia pernah kentut di wajah Road Dogg, Trish Stratus, Booker T, Tri Wilson, Mike Fox, Eddie Guerrero, B2, William Regal, Stephanie Mcmahon, Lance Storm, Eric Bischoff, Teddy Long, dan Vince Mcmahon.

Dia mendakwa bahawa kentut paling ‘luar biasa’ adalah pada muka Road Dogg.

Booker T pernah mendedahkan Rikishi memang kuat kentut. Di mana ketika Booker T berada di bilik persalinan dan kamar mandi di belakang stage. Dia selalu mendengar Rikishi kentut tak berhenti.

Sehinggakan Booker T mengesyaki Rikishi kentut sebagai satu ritual. Maka tak hairanlah kalau dia terkentut dengan kerap ketika bergusti sekalipun termasuk ketika melakukan Stinkface.

Baca yang lain