Mbappe Kritik Taktikal PSG, Namun Galtier Tenang Terima Analisis Bijak Pemain Itu

Kylian Mbappe dengan terbuka mengkritik taktikal pengurus Christophe Galtier di PSG yang menurutnya lebih mengongkongnya berbanding taktikal Deschamps di Perancis yang lebih memberikannya kebebasan.

Kylian Mbappe sekali lagi menarik perhatian media selepas menjaringakn gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Austria.

Sebelum itu Mbappe menimbulkan kontroversi apabila menolak untuk bergambar untuk sesi fotografi pasukan Perancis kerana isu ada penaja syarikat judi dan juga makanan segera.

Dan selepas itu pemain itu membandingkan pula taktikal Deschamps dan Galtier.

Mbappe memberitahu bahawa dia lebih diberikan kepercayaan ketika di Perancis. Diberikan peranan jauh lebih bebas di atas padang.

Sementara di PSG, peranannya lebih terhad ketika bersama dengan PSG.

Namun Galtier tenang menjawab perkara itu dengan menegaskan bahawa Mbappe melakukan analisis yang betul. Ini kerana dalam skuad Perancis dia bermain dengan pemain target man seperti Olivier Giroud dan Karim Benmzema.

Galtier berkata: “Analisis dia tepat. Dia tak berada dalam set up taktikal yang sama, ketika di kelab dan pasukan kebangsaan.”

“Dia memang lebih terhad di barisan serangan kita di PSG, kerana bermain dengan pemain pemain yang kami ada. Namun saya tak rasa dia kurang kebebasan dalam sistem kami.”

Galtier mengingatkan bahawa, PSG tidak memiliki no.9 klasik seperti di Perancis yang menjadidkan Mbappe titik fokal. Di PSG mereka ada Neymar dan Messi yang digandingkan dengannya dalam sistem attacking 3.

Mbappe merupakan teras kepada projek sukan di PSG. Oleh sebab itu Galtier menegaskan mereka akan berusaha memberikan Mbappe kebebasan di dalam sistem mereka.

Galtier mengakui mereka masih mencari pemain tipikal Benzema atau Giroud demi Mbappe. Namun malangnya mereka masih tercari cari sehingga kini. Bukan senang untuk mencari yang berkualiti dengan gaya permainan yang sama.

Galtier berkata:

“Kami yakin kami memerlukan pemain keempat dengan profil berbeza, untuk mempunyai penyelesaian dan pilihan yang berbeza.”

“Pemain ini masih belum ada lagi, agak memalukan, tetapi begitulah keadaannya,” kata Galtier.

“Mbappe mempunyai pemain jenis ini dalam pasukan Perancis dengan Olivier Giroud. Kami tidak mempunyai pemain yang sama tetapi kami mempunyai profil lain.”

Baca yang lain