Mbappe Luluskan Cadangan PSG Untuk Dapatkan Sadio Mane

PSG tiba tiba menjadi nama pesaing untuk mendapatkan Sadio Mane. Beberapa minggu lalu Sadio Mane sudah memberitahu kelab bahawa dia mahu angkat kaki bagi mencari pengalaman baharu dalam kariernya.

Sebelum ini Mane sudah memberitahu bahawa dia akan memutuskan masa depannya selepas aksi final Liga Juara Juara Eropah.

Sumber Fabrizio Romano menjelaskan bahawa pemain antarabangsa Senegal itu dilihat sedang menuju ke Bayern Munich.

Walaubagaimanapun masih belum ada jaminan bahawa Bayern Munich akan selesa mendapatkan Sadio Mane.

Berita tentang hasrat Mane itu akan diumumkan oleh kelab tidak lama lagi.

Mane memenangi segalanya ketika bersama Liverpool. Dia merupakan pemenang 1 medal EPL, 1 UCL, 1 Piala FA, 1 Piala Liga serta trofi Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Ketika di Liverpool Mane turut memenangi Piala AFCON bersama dengan negaranya.

Secara individu, Mane juga pernah memenangi kasut emas EPL. Membuktikan bahawa dia pemain yang serba boleh di zon serangan.

Sejak menyertai Liverpool,Mane menjadi pemain sayap prolifik. Dia turut menjadi nadi penting dalam sistem serangan Liverpool di bawah kendalian Klopp.

Bayern Munich sudah lama mengidamkan Sadio Mane.

Mane merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk beliau merasa pengalaman baharu di tempat baru dalam kariernya.

PSG pula mahu mendapatkan pengganti untuk Angel Di Maria yang rasminya meninggalkan pasukan tersebut.

Nama Sadio Mane muncul selepas ketua scouting yang baharu Luis Campos dikatakan tidak setuju dengan usaha PSG cuba mendapatkan Ousmane Dembele selepas mempertimbangkan faktor kecederaan dan disiplin pemain itu.

BILD melaporkan bahawa PSG sudah memberitahu Mbappe bahawa mereka mahu mendapatkan Sadio Mane.

Dan debaran PSG berakhir, apabila Kylian Mbappe memberikan lampu hijau kepada mereka.

Mbappe sudah dijanjikan akan menjadi sebahagian daripada individu yang ada suara dalam projek bola sepak yang dibina berteraskan beliau.

Itu merupakan salah satu daripada sebab kenapa Mbappe sanggup melupakan tawaran Real Madrid dan terus kekal di PSG. Kuasa yang beliau miliki adalah mirip kepada kuasa pemilik atau pemegang saham.

Hal ini kerana PSG mahu Mbappe sendiri yang terlibat dalam pencarian pemain, atau pengurus sekalipun. Malah Mbappe ada kuasa dalam menentukan kedudukan pengarah sukan pasukan mereka.

Sebelum ini PSG sudah membuang Leonardo, kerana Mbappe tidak gembira dengan prestasi pengarah sukan itu. PSG melantik Luis Campos yang pernah menjadi scout bakat yang menemui Mbappe ketika di Monaco.

Selain itu, Mbappe turut merestui PSG untuk mengekalkan Mauricio Pochettino kerana Zidane tidak mahu ke PSG. Mbappe sebenarnya mahukan Zidane.

PSG sudah berjanji kepada Mbappe mereka akan cuba sedaya upaya memujuk Pep Guardiola menyertai mereka musim hadapan. Buat masa ini, mereka kekal dahulu dengan Pochettino.

Selain Sadio Mane, bintang Mesir, Mohamed Salah dan Roberto Firmino turut memasuki tahun akhir dalam kontrak mereka.

Sebelum ini, Divock Origi sudah rasmi meninggalkan Liverpool.

Posisi Sadio Mane dilihat bakal diisi oleh Luis Diaz. Di mana sejak ketibaan Diaz, Sadio Mane banyak bermain di peranan false 9.

Ditambah pula dengan Roberto Firmino yang bergelut dengan kecergasannya musim ini.

Tetapi pemergian Mane pasti akan memberikan kesan kepada Liverpool. Lebih lebih lagi seteru mereka, Manchester City menambahkan Erling Haaland dan Alvarez ke dalam pasukan mereka.

City turut mengumumkan bahawa akan ada lebih ramai pemain masuk dalam jendela perpindahan kali ini.

Baca yang lain