Mbappe, Messi, Haaland Rebut Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA Best

Setelah bersaing dalam Ballon d’Or, tiga finalis yang sama akan bersaing dalam perebutan pemain terbaik dunia FIFA Best 2023 pula.

Anugerah FIFA Best ini merupakan anugerah daripada FIFA selepas badan bola sepak dunia itu memutuskan untuk bercerai dengan Ballon d’Or beberapa tahun lalu.

1. Lionel Messi

Pemenang Ballon d’Or ini dianggap calon pilihan memandangkan dia membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2022 yang lalu yang dilangsungkan pada tahun ini. Dia juga cemerlang bersama dengan PSG musim lalu dan kini bersama Inter Miami.

Dia berada dalam senarai kesebelasan terbaik Ligue 1 musim lalu dan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk liga utama eropah.

Messi boleh menamatkan 2023 dengan kejayaan berganda anugerah tertinggi individu.

2. Kylian Mbappe

Membantu PSG memenangi kejuaraan domestik musim lalu dan membantu negaranya layak ke final Piala Dunia. Malah menjaringkan hatrik dalam final itu. Masih meneruskan pemburuan kejuaraan bersama PSG dalam pentas domestik dan UCL.

Dia pemenang kasut emas Ligue 1 musim lalu dan merupakan Pemain Terbaik Liga Perancis 2023.

Mbappe dianggap ada kemampuan untuk memenangi FIFA Best kali ini.

3. Erling Haaland

Terlepas anugerah Ballon d’Or walaupun membantu Man City menamatkan musim 2022/23 sebagai juara treble. Haaland kini bersedia untuk memenangi Anugerah FIFA Best 2023. Memandangkan dia juga membantu kelab itu memenangi Piala Super Eropah awal musim ini.

Haaland juga memenangi anugerah kasut emas EPL dan merupakan pemenang kasut emas Eropah musim lalu.

Baca yang lain