Mbappe Padam Balik Post Di IG Sindir Taktikal Pengurus PSG Sekali Lagi

Sebelum ini Kylian Mbappe mengkritik taktikal Christophe Galtier yang menurutnya tidak memberikannya kebebasan seperti mana yang dia dapat di Perancis.

Sementara di PSG, peranannya lebih terhad ketika bersama dengan PSG.

Namun Galtier kemudian tenang menjawab perkara itu dengan menegaskan bahawa Mbappe melakukan analisis yang betul. Ini kerana dalam skuad Perancis dia bermain dengan pemain target man seperti Olivier Giroud dan Karim Benmzema.

Galtier berkata: “Analisis dia tepat. Dia tak berada dalam set up taktikal yang sama, ketika di kelab dan pasukan kebangsaan.”

“Dia memang lebih terhad di barisan serangan kita di PSG, kerana bermain dengan pemain pemain yang kami ada. Namun saya tak rasa dia kurang kebebasan dalam sistem kami.”

Galtier mengingatkan bahawa, PSG tidak memiliki no.9 klasik seperti di Perancis yang menjadidkan Mbappe titik fokal. Di PSG mereka ada Neymar dan Messi yang digandingkan dengannya dalam sistem attacking 3.

Mbappe merupakan teras kepada projek sukan di PSG. Oleh sebab itu Galtier menegaskan mereka akan berusaha memberikan Mbappe kebebasan di dalam sistem mereka.

Galtier mengakui mereka masih mencari pemain tipikal Benzema atau Giroud demi Mbappe. Namun malangnya mereka masih tercari cari sehingga kini. Bukan senang untuk mencari yang berkualiti dengan gaya permainan yang sama.

Galtier berkata:

“Kami yakin kami memerlukan pemain keempat dengan profil berbeza, untuk mempunyai penyelesaian dan pilihan yang berbeza.”

“Pemain ini masih belum ada lagi, agak memalukan, tetapi begitulah keadaannya,” kata Galtier.

“Mbappe mempunyai pemain jenis ini dalam pasukan Perancis dengan Olivier Giroud. Kami tidak mempunyai pemain yang sama tetapi kami mempunyai profil lain.”

Selepas keputusan seri tanpa jaringa, terbaru dicatatkan oleh PSG dan Reims, pemain yang merangkap teras projek sukan PSG, Kylian Mbappe tampil dengan kritikan yang pedas sekali lagi.

Kali ini dia meletakkan hashtag pivotgang. Merujuk kepada dia merupakan pemain yang suka menjadi fokal di belakang target man seperti Giroud atau Benzema.

Mbappe tidak selesa dengan sistem serangan PSG yang ada sekarang. Di mana dia diberikan posisi yang tidak bebas seperti no.10.

Namun Mbappe kemudian dilaporkan memadamkan hantaran tersebut.

Baca yang lain