Mbappe Sudah Ikat Persetujuan Dengan Real Madrid, Dapat RM234.5 Juta Setahun Sebelum Cukai

Penerbitan BILD di Jerman melaporkan bahawa Kylian Mbappe sudah mencapai kesepakatan pra kontrak dengan Real Madrid. Pemain PSG itu akan pergi ke Madrid secara percuma pada musim hadapan.

Dilaporkan bahawa Kylian Mbappe akan menerima sekitar €50 juta (RM234.5) setahun gaji sebelum ditolak cukai. BILD membuat kira kira gaji bersih Mbappe adalah sekitar €38 juta (RM178.26) selepas ditolak cukai.

Mbappe memang sudah lama dikaitkan dengan Real Madrid. Malah sebelum ini Florentino Perez mengesahkan bahawa mereka membuat 2 bidaan ke atas Mbappe yang dilaporkan antara €160 juta sehingga €180 juta pada deadline day dalam perpindahan pra musim.

PSG yang baru sahaja mendapatkan Messi ketika itu, yakin bahawa Messi akan mampu membuatkan Mbappe kekal. Nasser Al Khelaifi menegaskan bahawa penandatanganan Messi bukti kepada Mbappe bahawa kelab tersebut sentiasa mahu membina pasukan yang hebat untuk bersaing di pentas tertinggi.

Bukan itu sahaja, PSG turut berjaya melanjutkan kontrak Neymar. Dan PSG sedia menjadikan Mbappe sebagai penerima gaji tertinggi di dunia, mengatasi Messi dan Neymar jika beliau mahu terus bersama PSG.

Kem Real Madrid sudah sedia maklum bahawa Mbappe sudah beberapa kali menghantar isyarat bahawa beliau mahu ke kota Madrid.

Seterusnya, Karim Benzema juga memuji Mbappe sebagai pemain yang hebat. Kedua duanya sangat rapat di dalam pasukan kebangsaan.

Namun harus diingat, kesepakatan yang dilaporkan BILD itu hanyalah pra kontrak dan masih belum dimuktamadkan. Mbappe masih boleh mengubah fikirannya. Sama ada mahu terus kekal di PSG ataupun menyertai pasukan lain selain Madrid.

Lebih menarik apabila Mbappe akan turun bersama PSG menentang Real Madrid dalam aksi kalah mati UCL.

Masa depan Kylian Mbappe terus menjadi subjek perbincangan peminat bola sepak. Pemain antarabangsa Perancis itu masih belum melanjutkan kontrak bersama dengan PSG.

Walaupun PSG sudah mendapatkan Messi sekalipun, masih belum mampu memujuk Mbappe agar melanjutkan kontraknya bersama dengan mereka.

Dan Mbappe dia sudah menuju ke enam bulan terakhir kontraknya. Mbappe akan bebas berunding dan bercakap dengan mana-mana pasukan pada Januari ini untuk perpindahan musim hadapan secara percuma.

PSG sebelum ini sudah memberikan beberapa tawaran kepada pemain itu. Namun kesemuanya ditolak. Walau bagaimanapun PSG masih tidak berputus asa.

PSG malah menawarkan kontrak dengan gaji yang dikatakan lebih besar daripada Messi dan Neymar kepada pemain itu untuk menjadikannya pemain bergaji paling tinggi di dunia.

Tetap juga Mbappe tetap belum menurunkan tandatangannya di atas kertas kontrak tersebut. Lebih menarik apabila Mbappe menyatakan bahawa beliau sangat selesa bergandingan dengan Karim Benzema ketika bermain di dalam pasukan kebangsaan Perancis.

Mbappe berkata: “Karim adalah pemain yang hebat dan kami saling rapat. Ianya lebih mudah membina perhubungan atas padang ketika bermain dengan kawan sendiri.”

“Kami berdua saling mahu menyinar dengan menjaringkan gol. Dan kami melakukannya dengan baik.”

Real Madrid sebelum ini melakukan dua bidaan saat akhir untuk mendapatkan Mbappe. Namun kedua duanya ditolak oleh PSG.

PSG masih yakin bahawa pemain itu akan terus bersama mereka akan menjadi tulang belakang kepada projek jangka masa panjang di kelab tersebut.

Mbappe kemudian dikaitkan dengan sikap tamak mahukan kontrak yang lebih besar dari PSG. Namun pemain itu menyatakan bahawa  dalam hidup beliau, dia tidak pernah memikirkan soal wang sebagai soal utama.

Sebaliknya Mbappe lebih mementingkan perkara seperti nilai hubungan sesama insan secara peribadi.

Mbappe berkata: “Hubungan sesama insan adalah lebih mengujakan daripada wang. Ianya adalah pengalaman hidup yang penting. Lebih penting daripada ‘buat’ duit.”

“Saya mahu mengenali sesuatu yang baharu, mengembara. Bertemu dengan orang ramai dan mendalami budaya yang berbeza.”

Baca yang lain