McGregor Tayang Bot Lamborghini Bernilai RM11.21 Juta, Hanya Ada 63 Unit Di Dunia

Share on facebook
Share on twitter

Berita tentang McGregor membeli bot laju Lamborghini 63 Yacht by Tecnomar yang turut digelar ‘supercar’ di atas air itu sudah diketahui beberapa bulan lalu lagi.

Namun kali ini McGregor menayangkan bot bernilai £2.7 juta /RM11.21 juta itu kepada umum.

McGregor memuat naik beberapa video dan gambar pembelian terbarunya itu pada awal minggu ini. Berkongsi rasa gembira dan kagumnya ke atas bot dengan twin turbo itu.

McGregor mendapat versi khas untuk dirinya. Beliau berkata:

“Digelar ‘Supercar of the Sea’, saya sangat berbesar hati untuk mendapatkan edisi nombor 12 daripada hanya 63 yang dibuat di seluruh dunia.”

“1963 adalah tahun Lamborghini ditubuhkan, dan saya yang ke-12,” tambah beliau lagi.

blank

Bot ini memang diinspirasikan daripada supercar Lamborghini. Dan ianya edisi terhad.

Tecnomar 63 memiliki top speed mencecah 60 knot ataupun sekitar 111 kmj.

Ianya mengeluarkan sehingga 4,000 kuasa kuda.

Jom lihat beberapa keping gambar harta terbaru Conor McGregor.

blank

blank

blank

blank

blank

Conor McGregor dan keluarganya ketika mereka menyelesaikan proses pembelian bot mewah tersebut.

blank

blank

blank

blank

blank

blank

Baca yang lain