Media Antarabangsa Mahu Gol Safawi Dicalonkan Dalam Puskas

Media antarabangsa B/R Football telah mencadangkan agar gol Safawi Rasid dicalonkan dalam puskas 2023.

Gol Safawi ketika menentang Kepulauan Solomon menarik perhatian media antarabangsa tersebut.

Dan ianya mendapat sorotan di page rasmi B/R Football.

Safawi Rasid melakukan jaringan dengan kawalan bola cantik, tanpa membenarkan bola menjejak tanah sebelum melepaskan voli yang deras.

Safawi sempat melakukan half turn sebelum dia melakukan percubaan deras itu.

Dan ternyata, percubaan itu langsung tidak mampu dihalang oleh penjaga gol.

B/R Football menulis kapsyen: “Tambahkan gol Safawi Rasid dari Malaysia dalam senarai Puskas”

Saksikan di sini:

Malaysia bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menang 4-1 ke atas Kepulauan Solomon dalam aksi persahabatan antarabangsa semalam.

Rafael Lea’i meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-11 selepas kesilapan penjaga gol kebangsaan Malaysia.

Namun Paulo Josue menyamakan kedudukan pada minit ke-40.

Sebelum rehat separuh masa, Arif Aiman menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Malaysia mungkin harus mendapat lebih banyak gol daripada perlawanan ini. Namun penjaga gol lawan bertindak cemerlang, untuk mengelak daripada bolos lebih banyak.

Pada minit ke-77 Safawi Rasid melakukan wonder gol.

Dan gol keempat Malaysia adalah menerusi Lee Tuck pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Malaysia akhirnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 4-1.

Baca yang lain