Media Indonesia Mahu PSSI Jangan Sombong, Belajar Dari FAM Cara Naturalisasi Pemain

Sebuah media berpengaruh di Indonesia iaitu Indosport telah menyuarakan pandangan mereka tentang pengambilan pemain naturalisasi yang bakal mewakili pasukan negara mereka.

Terbaru Marko Simic menyatakan minat beliau untuk menjadi warganegara Indonesia yang mewakili pasukan kebangsaan negara tersebut.

Simic berkata kepada media di Croatia:

“Saya boleh sahaja mendapatkan pasport Indonesia dalam waktu terdekat dan bermain untuk tim nasional mereka.”

“Ianya (menjadi WNI) akan m
memberikan manfaat kepada saya, kerana sebagai orang Asia saya boleh bermain untuk berbagai-bagai kelab di sana.”

“Dan hal tersebut akan membantu saya menolong keluarga saya secara kewangan,” tegas beliau lagi.

Menurut penulis Indosport, Rafif Rahedian tiada ruginya untuk mereka mengambil Marko Simic dari segi rekod gol di kelab.

Ini kerana pemain berusia 32 tahun tersebut menjaringkan gol yang banyak di peringkat liga Indonesia. Beliau sudah menjaringkan 56 gol daripada 77 penampilan dalam Liga 1.

Namun persoalan yang dibangkitkan ini adalah adakah beliau mampu untuk melakukan perkara yang sama seperti itu di peringkat antarabangsa bersama pasukan Garuda.

Sebelum ini Indonesia pernah menaturalisasikan pemain Belanda Sergio van Dijk.

Beliau menjaringkan gol yang banyak di peringkat kelab tetapi bersama dengan pasukan kebangsaan Indonesia beliau hanya menjaringkan satu gol sahaja.

Jangan sombong, belajar!

Oleh itu Rafif Rahedian meminta meminta agar Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) agar tidak menjadi bodoh sombong dan belajar daripada persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam proses naturalisasi pemain.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia lebih ketat dalam meneutralisasikan pemain. Ini termasuk menubuhkan jawatankuasa khas yang menilai kesesuaian pemain.

Termasuk mengambil kira isu seperti usia. FAM sudah menyatakan mereka mahu mencari pemain neutralisasi yang peak mereka masih banyak selepas fasa pertama tempoh hari.

Dipetik dari Indosport: “Agar situasi tersebut tidak terulang lagi, maka PSSI tak perlu malu untuk belajar dari federasi sepak bola Malaysia (FAM) dalam urusan naturalisasi pemain.”

“FAM sendiri sedang gencar (sedang hebat) mencari pemain naturalisasi untuk memperkuat Timnas Malaysia. Namun, mereka tidak sembarangan dalam menentukan pemainnya.”

“FAM memiliki standard yang tinggi untuk menaturalisasi pemain, salah satunya adalah berkenaan dengan bakat dan kemampuannya. Sehingga, tak sembarang pemain yang bisa (mampu) mendapat kewarganegaraan Malaysia.”

“Otoritas (autoriti) bola sepak Malaysia itu sudah memiliki badan khusus naturalisasi, yakni Komited Program Naturalisasi FAM. Itu melibatkan pelatih-pelatih (jurulatih jurulatih) ahli (arif) untuk mendapatkan pemain terbaik.”

Malah mereka turut memberikan contoh kes Wan Kuzain, pemain yang bersara Malaysia namun lahir di Amerika Syarikat.

Jika di Indonesia mungkin sahaja pemain itu terus diberikan jaminan bermain di dalam pasukan belia mereka secara automatik.

Tetapi Wan Kuzain tetap perlu menjalani sesi pemilihan dan penilaian terlebih dahulu.

Penulis kemudiannya menyatakan:

“Semua pemain, termasuk Wan Kuzain yang berada di luar negara untuk dipanggil harus melalui panitia peninjauan atau pengamatan.”

“Jika dia pemain yang hebat dan berbakat, tentu saja panitia akan merekomendasikan kepada mereka untuk didiskusikan (dipertimbangkan).”

“Cara FAM dalam mencari pemain naturalisasi ini terbilang (terkenal dengan) cukup tegas. Sebab, mereka memiliki indikator yang cukup tinggi dalam memilih pemain naturalisasi.”

“Sejauh ini, pemain naturalisasi Malaysia barulah (hanyalah) Mohamadou Sumareh, pemain asal Gambia yang masih berusia 28 tahun.”

“Cara FAM itu sedikit berbeda dengan Indonesia. Asal memenuhi syarat dalam UU Nomor 12 tahun 2006, pemain di Indonesia memiliki hak untuk mengajukan proses naturalisasi.”

“Alhasil, banyak pemain naturalisasi Indonesia yang usianya terbilang tua.”

“Terlebih (sudah banyak) beberapa proses naturalisasi pemain di tanah air (Indonesia) hanya untuk menguntungkan klub saja.”

“Situasi itu berbanding terbalik dengan Malaysia yang benar-benar mengutamakan kesuksesan tim nasionalnya. Karena hal itu menjadi tugas federasi (persatuan).”

“Tak peduli dia main di kelab Eropah, jika tak memenuhi syarat FAM tak akan mengizinkan sang pemain masuk ke Timnas Malaysia.”

“Nah, jika Simic saat ini benar-benar ingin gabung (bermain) untuk Timnas Indonesia, maka PSSI harus menerapkan standard yang layak (tinggi). Tak peduli seberapa sukses Simic di Liga 1 bersama Persija Jakarta.”

Sumber: Indosport

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah