Media Portugal Sahkan Diogo Costa Beraksi Kali Terakhi Buat Porto, Bakal Ke Man United

Penjaga gol sensasi Porto, Diogo Costa dilaporkan sudah beraksi dalam aksi liga yang terakhir untuk kelabnya ketika Porto menang 3-0 ke atas Vitoria.

Pemain itu turut tidak tersenarai dalam skuad Porto bagi menghadapi aksi final Piala Portugal menentang  Braga pada 5 Jun akan datang.

Costa dilihat seolah olah mengucapkan selamat tinggal kepada Porto selepas tamat aksi berdepan Vitoria. Dia sempat menutup wajahnya kerana tidak mahu peminat melihat air matanya.

Media A Bola dari Portugal menjangkakan Costa akan terbang ke Man United untuk memeterai perjanjian dengan kelab itu.

Erik Ten Hag sudah lama mengikuti perkembangan Diogo Costa. Dan dia sedia membawa penjaga gol itu ke Old Trafford.

Costa merupakan penjaga gol tipikal ball playing.

Dengan United sedia mencari pengganti David De Gea pada jangka panjang.

Walaubagaimanapun, sebelum ini Ten Hag menegaskan bahawa dia masih kekal percayakan De Gea.

Tetapi penjaga gol dari Sepanyol itu kerap dikritik kerana lemah dalam aspek ball playing. Walaupun memenangi sarung tangan emas EPL musim ini, De Gea tetap melakukan 4 kesilapan penjaga gol sepanjang musim ini, yang membawa kepada gol lawan.

Statistik itu adalah terbanyak, berkongsi dengan Hugo Lloris.

Man United yakin akan berjaya mendapatkan Diogo Costa. Pemain yang bernaung di bawah ejen yang sama dengan Bruno Fernandes dan Diogo Dalot iaitu Jorge Mendes.

Costa dikatakan berminat untuk ke Man United.

Man United perlu membayar klausa pelepasan €75 juta yang terkandung dalam kontrak pemain itu.

Man United sangat optimis pemain itu akan dapat dibeli mereka. Kerana Porto memerlukan wang masuk ke dalam akaun mereka sebelum tamat bulan Jun untuk mengelakkan akaun FFP mereka sakit.

Saksikan kualiti ball playing Diogo Costa di sini:

Baca yang lain