Meludah Bakal Dapat Kad Kuning

Sesiapa pemain yang meludah di atas padang selepas ini mungkin bakal berdepan dengan kad kuning.

Ini kerana meludah merata rata merupakan perkara yang boleh menyebarkan Cov19 dengan sangat mudah.

Beberapa liga sudah merancang untuk kembali semula menyambung aksinya. Dan semua aksi tersebut bakal disambung dengan garis panduan yang sangat ketat.

Ini termasuk beraksi di dalam stadium kosong.

Semalam Serie A sudah mendapat garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan kepada setiap pasukan yang mengadakan semula sesi latihan pada masa terdekat ini.

Menurut kajian pakar kesihatan dan viralogist, air liur ataupun saliva yang berada di atas padang boleh menyebarkan wabak kepada pemain yang lain yang tersentuhnya.

Oleh itu, jawatankuasa medikal FIFA telah menggesa agar setiap pemain mengubah tabiat buruk mereka selepas ini, jika liga kembali disambung dalam masa terdekat, ketika vaksin masih belum ditemui.

FIFA mendapati tabiat meludah ini seolah olah sudah menjadi satu budaya negatif dalam bola sepak.

Malah FIFA mungkin akan memberikan kebenaran kepada penganjur Liga untuk memasukkan peraturan khas.

Di mana pemain yang meludah boleh dikenakan kad kuning.

Sebelum ini FIFA sudah memberikan lampu hijau kepada mana-mana penganjur Liga yang mahu menggunakan lima pertukaran dalam satu perlawanan.

Michel D’ Hooge memberitahu The Telegraph: “Tabiat buruk ini [meludah di atas padang] seolah-olah sudah menjadi satu kebiasaan di dalam bola sepak. Dan ianya kelakuan yang agak kotor.”

“Ianya tak bersih dan menjadi salah satu cara penyebaran virus yang paling berkesan.”

“Inilah sebabnya kenapa kita perlu sangat berhati-hati apabila liga bersambung kembali kelak.”

“Saya bukan pesimistik, namun pada ketika ini saya agak skeptikal.”

Hujah itu disokong oleh viralogist dari Universiti Cambridge, Dr Ian Brierley.

Beliau mendedahkan meludah merupakan salah satu cara penyebaran virus yang sangat mudah.

Seterusnya beliau juga mencadangkan agar bersalaman sebelum sepak mula harus dihentikan buat seketika.

Baca yang lain