Menjelaskan Kenapa United Bayar Sanchez £7.5 Juta Untuk Selamatkan £46.7 Juta

Inter Milan sebelum ini pernah menyatakan bahawa mereka tak mungkin akan dapat membayar gaji Sanchez yang tinggi nak mampos.

Inter menyatakan minat mereka kepada Sanchez namun tak mampu untuk membayar gaji pokok £390,000 seminggu tak termasuk bonus.

Dan kemudian, Inter tak sanggup membayar nilai perpindahan Sanchez kerana mereka lebih memilih untuk meminjam pemain itu.

Di Old Trafford, Ole Gunnar Solskjaer merasakan Sanchez memang tak akan dapat form dia dalam pasukan mereka.

Lalu dia telah meminta pengurusan untuk meminjamkan Sanchez ke mana mana kelab dengan Man United membantu membayar separuh daripada gaji pemain itu.

Inter Milan pun sekali lagi berminat. Namun mereka menegaskan mereka tak nak terikat dengan opsyen pembelian tetap. Lalu United menyatakan OK, tiada opsyen pembelian tetap.

Ole mahu meringankan bil gaji pemain dan sanggup membayar separuh gaji pemain yang tak bermain untuk mereka.

Kerana bagi Ole, itu lebih baik daripada membayar penuh gaji pemain yang mungkin hanya akan beraksi kurang 10 perlawanan.

Ole dengan senyuman menyatakan mereka tak memasukkan klausa belian kerana masih percaya Sanchez akan bangkit dan kembali semula ke United. Biasalah tu, manager kena ambil hati.

Sanchez pergi ke Inter Milan dalam situasi dia masih dalam pemulihan.

Sanchez menunjukkan prestasi yang baik walaupun tak terlalu cemerlang. Sanchez menyumbang assist yang banyak kepada Inter dalam kempen musim ini.

Tamat musim ini Inter Milan beberapa minggu lalu menyatakan mereka terpaksa melupakan khidmat Sanchez walaupun mereka sangat inginkan pemain itu.

Pertamanya soal gaji. Sebab isu bayaran perpindahan mungkin United boleh kawtim dah. Kontrak semasa Sanchez di United berakhir pada 2023. Dan Inter nak loan satu musim lagi.

United tak nak kerana mereka mahu melepaskan pemain itu. Tapi sapa nak beli kalau gaji Yahudi sangat. Sanchez mulai dikaitkan dengan Man City. Namun isu dia tetap sama. Gaji!

United berunding dengan Sanchez. Kerana pemain itu tak nak menerima gaji kurang daripada £390,000 di Old Trafford.

Apa yang berlaku, United menawarkan £7.5 juta sekali bayaran untuk dia pergi. Selalunya kelab pembeli membayar bonus sign in ke dalam sesebuah kelab.

Ini United yang bayar pemain itu dan bayaran itu seperti pampasan kepada gaji Alexis Sanchez yang tak mampu dibayar Inter.

Sanchez setuju menerima tawaran itu. Inter Milan setuju membayar £390,000 untuk satu musim sahaja. Masuk musim kedua Sanchez akan menerima pengurangan gaji dan menerima £130,000 seminggu dalam 2 tahun berikutnya. Ini kerana Sanchez setuju dengan kontrak 3 tahun.

Jadi, secara tak langsung deal ini menyaksikan United membayar £7.5 untuk menampung gaji yang Sanchez dapat di Old Trafford.

Boleh je dia nak duduk di bangku simpanan sambil dapat duit tetiap minggu.

Namun deal ini berjaya memujuk Sanchez untuk berpindah ke Inter.

Man United percaya mereka telah menyelamatkan sekitar £54.2 juta daripada gaji Sanchez untuk dua musim.

Jadi United memberikan Sanchez £7.5 juta dan masih ada £46.7 juta.

Itulah cara United menyelamatkan lebih £46 juta daripada akaun mereka dengan membayar Sanchez £7.5 juta agar pemain itu pergi.

Dalam situasi ini:

United – win some and lose some kerana mereka tak dapat jual Sanchez dan tak dapat form dia seperti dia buat di Arsenal setiap minggu membantai penjaga gol lawan. Namun mereka berjaya menyelamatkan tangga gaji pemain.

Dari segi FFP United dah mencantikkan dah struktur gaji mereka. Pada masa yang sama dapat mengurangkan sedikit impak kerana covid ni. Gaji Sanchez tu sangat tinggi. Kalau dia Unlock semua bonus boleh cecah £550k seminggu kau tau.

Mereka boleh gunakan gaji itu untuk membayar Jadon Sancho, jika pemain itu datang kelak.

Inter pula mendapat pemain yang mereka nak. Sanchez pula dapat kembali bermain.

Isu gaji Sanchez yang terlalu tinggi tanpa sumbangan signifikan ini telah memberikan kesan kepada pengurusan kewangan United. Di mana ada beberapa pemain lain mulai tak fokus di atas padang kerana menjadikan gaji Sanchez sebagai benchmark.

Ternyata ia memang keputusan tepat

Terbaru Alexis Sanchez menyatakan dia sudah mahu meninggalkan United hanya selepas sesi latihan pertama.

Dari segi rugi tu memang dah rugilagh. Tapi ianya keputusan tepat kerana United memang tak akan dapat form Sanchez yang mereka idamkan apabila pemain sudah bermentaliti seperti itu.

Jadi, ini dikira damage limitation yang terbaik diambil United.

Satu kenyataan yang mengejutkan dibuat oleh seorang pemain yang selama ini dianggap memiliki kekuatan mental yang tinggi.

Sanchez berkata:

Bagi Sanchez, masanya di Man United adalah detik paling gelap dalam kariernya. Sanchez mengakui bahawa dia tidak selesa di sana sejak hari pertama sesi latihan, malah meminta ejennya untuk menghantarnya kembali ke Arsenal.

“Saya ingin bersikap jujur ​​dengan anda semua mengenai karier saya di United, mengenai banyak perkara yang telah diperkatakan dan membuat saya kelihatan teruk,” kata Sanchez melalui akaun Instagramnya.

“Saya berpeluang untuk pindah ke Man United dan itu jelas menarik perhatian saya. Tentunya terasa sangat tertarik nak ke sana kerana saya menyukai kelab itu sejak saya kecil,” lanjutnya.

“Namun, saya tidak mendapat banyak maklumat mengenai perpindahan saya pada masa itu. Pada hari pertama saya berlatih dengan rakan sepasukan, anda baru sedar ketika anda sendiri berada di sana.”

“Saya menyedari banyak perkara [tak kena] dalam sesi latihan pertama itu. Ketika saya pulang ke rumah, saya berkata kepada ejen: ‘Bolehkah kita koyakkan kertas kontrak [tamatkan] dan saya kembali ke Arsenal ?,” jelasnya.

“Mereka mulai ketawa, dan saya menyatakan ada perkara yang tidak betul ketika ini berada bersama saya.”

Rujukan

1. The Guardian

2. The Athletic

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan