Mesej Persaraan Zlatan Yang Menyentuh Perasaan Dan Sempat Troll MLS

Zlatan Ibrahimovic menghantar mesej terakhir sempena persaraannya daripada bola sepak profesional.

Selepas kerjaya yang indah selama 24 tahun, Ibrahimovic mengumumkan persaraannya pada perlawanan terakhir Serie A AC Milan pada musim 22/23 menentang Hellas Verona.

Legenda Sweden itu tidak banyak bermain sepanjang musim kerana dia bergelut untuk pulih daripada kecederaan lutut yang serius.

Kini, dia telah menggunakan media sosial untuk menyampaikan satu mesej terakhir sempena persaraannya.

Dan sempat troll bola sepak di Amerika Syarikat sebagai tempat dia berseronok semata mata.

Sebelum ini Ibrahimovic pernah troll peminat bola sepak MLS ketika dia meninggalkan Los Angeles Galaxy. Dia menyatakan liga Amerika Syarikat tanpa Zlatan hanyalah sampah.

Dia sebelum itu pernah mengkritik format francais di MLS sebagai Sh**.

Dan dia berkata: “Saya datang, saya melihat dan saya menakluki. Terima kasih LA Galaxy kerana membuatkan saya terasa hidup semula. Kepada peminat Galaxy, kamu mahukan Zlatan, saya berikan kamu Zlatan, sama sama buat kamu. Cerita ini akan bersambung… dan sekarang pergi tengik baseball tu.”

Kini dia menulis coretan persaraannya yang mendayu namun sempat mencuit MLS dan LA Galaxy.

Di laman Instagram rasminya, dia menulis: “Ia bermula dengan mimpi. Mimpi yang bertukar mustahil menjadi saya mungkin.”

“Saya dilahirkan di Malmö. Dibesarkan di Amsterdam. Menjadi lebih bijak di Turin. Saya menjadi singa di Barcelona. Dibesarkan di Milan dan mendapat perspektif baharu di Paris. Mendapat stamina di Manchester dan berseronok di Los Angeles. Dan akhirnya menemui kedamaian di tanah air baru saya di Milan.”

Zlatan kemudian menitipkan ucapan buat bekas ejennya, mendiang Mino Raiola.

“Saya dibuat oleh awak. Dan legasi yang saya harap tinggalkan ialah semua Zlatan baharu yang saya buat. Semua orang yang mempunyai hati singa. Semua orang yang mempunyai api yang menyala di mata mereka. Semua orang yang benar-benar memahami bahawa mustahil adalah apa-apa.”

Ibrahimovic menyambung: “Terima kasih untuk segala-galanya. Mino, kita dah berjaya! Perjalanan dah tamat. Ia adalah satu perjalanan yang menakjubkan. Saya rindukan awak.”

Semasa perlawanan terakhir Milan, Ibrahimovic sebak selepas mendengar sorakan oleh orang ramai.

Dia berkata: “Kali pertama kami tiba di Milan, anda memberi saya kebahagiaan, kali kedua, anda memberi saya cinta. Dari hati saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat.

“Anda menyambut saya dengan tangan terbuka, anda membuatkan saya berasa seperti di rumah sendiri. Saya akan menjadi peminat Milan sejati. Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak, bukan anda.”

Minggu ini, laporan di Itali telah mengaitkan Ibrahimovic dengan peranan sebagai orang di belakang tadbir di Milan dalam jawatan pengurusan.

Namun dia tidak akan menggantikan bos semasa Stefano Poili, sebaliknya, dia akan menjadi penghubung antara pengurusan dan pasukan.

Baca yang lain