Messi Ada Klausa ‘Utamakan Argentina’ Dalam Kontrak dengan PSG

Ketika mempertimbangkan tawaran daripada beberapa kelab selepas dilepaskan Barcelona, salah satu pertimbangan utama Messi adalah kebenaran untuk mewakili Argentina dalam semua jenis pertandingan dan perlawanan.

Messi masih mahu terlibat aktif dengan pasukan kebangsaan. Dia yang pernah mengumumkan persaraannya beberapa tahun lalu, mengakui dia sebenarnya masih menikmati setiap detik menyarung jersi kebansgaan.

Akhirnya Messi kembali semula ke pasukan kebangsaan.

Sebagai tanda cintanya kepada negaranya, Messi memasukkan klausa ‘Utamakan Argentina’ dalam kontraknya. Dan PSG setuju dengan syarat itu.

Ini bermakna PSG tidak boleh menghalang Messi untuk menyertai Argentina dalam apa jua tugasan kebangsaan, terutama sekali kelayakan Piala Dunia, Copa America dan sudah tentunya Piala Dunia.

Staf kejurulatihan Argentina ada akses kepada fasiliti di PSG dan laporan kecergasan Messi.

Selain daripada memberikan pelepasan kepada Messi untuk tugasan kebangsaan, klausa itu juga membolehkan Messi meminta direhatkan daripada tugasan domestik menjelang aksi antarabangsa.

Misalnya pada November lalu, Messi meminta Galtier merehatkannya dalam aksi domestik kerana dia mahu menyertai Argentina untuk tugasan minggu berikutnya.

Pernah berlaku konflik antara PSG dengan Argentina apabila PSG mempersoalkan Argentina yang memanggil Messi untuk tugasan kebangsaan ketika dia baru sahaja cergas.

Namun Messi memberitahu kelab agak menghormati klausa yang mereka sudah persetujui sebelum ini.

Messi memasukkan klausa itu sebagai usahanya untuk membantu negaranya dalam Piala Dunia 2022 selepas membantu negaranya memenangi Copa America 2020.

Lebih lebih lagi Messi pernah menyatakan bahawa Piala Dunia 2022 adalah yang terakhir untuknya.

Messi menyatakan, walaupun dia memenangi segalanya di peringkat kelab namun kejayaan memenangi trofi dengan negaranya adalah perkara yang di atas segalanya.

Messi mahu membalas sokongan rakyat negaranya dan menggembirakan seluruh Argentina.

Kini Messi dalam misi untuk memburu kejuaraan Piala Dunia 2022.

Argentina akan berhadapan dengan Belanda dalam aksi seterusnya di peringkat suku akhir.

Messi yang merupakan pemenang Ballon d’Or 7 kali setakat ini beraksi sangat cemerlang dalam aksi Piala Dunia 2022.

Beliau pernah bersama negaranya mara ke final pada 2014. Dia turut menikmati perlawanan ke-1,000 di dalam kariernya ketika Piala Dunia 2022.

Messi turut mengatasi Diego Maradona sebagai penjaring terbanyak Argentina di dalam kempen Piala Dunia.

Semuanya berlaku dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Adakah Messi akhirnya menamatkan penantian Argentina untuk Piala Dunia ketiga dalam sejarah negara mereka?

Baca yang lain