Messi Boleh Rampas Tahta Mr. UCL Dari CR7 Dengan Memecahkan 5 Rekod Ini

Cristiano Ronaldo digelar Mr. UCL ataupun Mr. Champions League oleh peminat bola sepak kerana rekodnya yang luar biasa di dalam pertandingan tersebut.

Ianya antara sebab kenapa Ronaldo pada pra musim yang lalu meminta dijual ke kelab yang bermain di UCL.

Hal ini kerana dia mahu terus menjadi KING dalam pertandingan itu selaku Mr. UCL.

Namun seteru utamanya Lionel Messi berpeluang untuk merampas gelaran itu daripada Abang Do. Ini kerana 5 rekod Ronaldo dalam UCL kini dalam radar untuk dipecahkan Messi.

Apakah rekod rekod itu?

1. Gol Terbanyak dalam UCL

Ronaldo ketika ini menjadi penjaring gol terbanyak dalam UCL dengan 140 gol. Ronaldo memiliki rekod yang luar biasa di hadapan gol.

Namun begitu, Lionel Messi hanya 11 gol di belakang superstar Portugal itu yang kini beraksi di Al-Nassr.

2. Assist terbanyak

Antara rekod Ronaldo yang paling dekat untuk dipecahkan Messi adalah assist.

Ronaldo mencetak 42 assist dalam pertandingan itu, terbanyak dalam sejarah pertandingan. Rekod yang menunjukkan bahawa Ronaldo juga team player bukanlah seperti yang seringkali dimomokkan media bahawa dia cuma mengejar gol individu.

Leo Messi kini sudah memiliki 40 assist dalam UCL.

Apa yang pasti kedua dua pemain sangat kreatif selain daripada tajam di hadapan gol.

3. Penampilan terbanyak

Ronaldo masih lagi menjadi pemain terbanyak beraksi dalam UCL dengan 183 kali dia muncul dalam pertandingan tersebut.

Messi kini di kedudukan ketiga terbanyak sepanjang zaman dengan 161 penampilan. Ianya memerlukan Messi beraksi 22 kali lagi dalam pertandingan tersebut.

4. Gol penalti

Ini juga merupakan satu lagi rekod yang sangat hampir untuk disamai dan dipecahkan Messi.

Di mana Ronaldo setakat ini menjaringkan 19 gol daripada sepakan penalti. Messi hanya 1 di belakang dengan 18 gol penalti.

Di PSG Messi bukan pelaksana utama penalti. Galtier mengesahkan bahawa tugasan itu adalah miliki Mbappe dan Neymar.

Namun pastinya Messi tetap berpeluang melakukannya.

5. Kasut emas UCL

Cristiano Ronaldo tidak beraksi musim ini. Messi berpeluang untuk memenangi kasut emas UCL.

Ronaldo memenangi kasut emas UCL – penjaring terbanyak pertandingan – sebanyak 7 kali.

Lionel Messi yang juga pemenang 7 Ballon d’or itu pula sudah enam kali melakukannya. Ketika ini Messi sudah menjaringkan 4 gol dalam UCL musim ini. 3 gol di belakang Kylian Mbappe dan Mo Salah.

Itulah 5 rekod luar biasa dipegang Ronaldo dalam UCL yang berada dalam radar Messi.

Namun harus diingat Ronaldo pernah menyatakan bahawa dia masih mahu kembali beraksi di UCL pada satu masa nanti.

Buat masa ini dia fokus kepada Liga Pro Arab Saudi bersama Al-Nassr.

Baca yang lain