Messi Buat Satu Ruang Khas Untuk Idolanya Muhammad Ali

Penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi telah mendedikasikan satu ruang khas di rumahnya untuk atlet yang beliau minati – The Greatest – Muhammad Ali.

Pemenang enam kali Ballon d’Or itu memuat naik satu gambar beliau sedang melakukan latihan fizikal ketika lockdown.

Ramai yang terperasan bahwa ada dinding khas yang dilekatkan dengan gambar Muhammad Ali.

Gambar-gambar itu memaparkan detik detik ikonik Muhammad Ali di atas gelanggang tinju. Gambar itu dilekatkan di satu ruang dalam gym peribadi beliau di rumah.

Messi jelas sekali menjadikan Muhammad Ali sebagai inspirasinya.

Ini bukan pertama kali Messi menunjukkan rasa kagumnya ke atas idolanya itu. Beliau seringkali mendedikasikan rasa kagumnya untuk atlet yang banyak memberikannya inspirasi untuk berjaya.

Malah ketika menandatangani kontrak baharu dengan Barcelona pun beliau memakai baju dengan gambar Muhammad Ali – dengan tertulis kata-kat ikonik Ali: “Float like a butterfly, sting like a bee.”

Bukan sekali tau, dah beberapa kali beliau memakai baju Muhammad Ali ketika majlis menandatangani kontrak baharu.

Ketika Muhammad Ali meninggal dunia pada 2016, bintang Argentina itu turut memberikan penghormatan terakhir di media sosial dengan kalsyen: “Float like a butterfly, sting like a bee”.

Ronaldo turut kagum dengan Muhammad Ali dan pernah menganggap perseteruan beliau dengan Messi sebagai ibarat perseteruan Muhammad Ali dan Joe Frazier.

Ronaldo memberitahu perkara itu pada sidang media Ballon d’Or 2013.

Muhammad Ali memang atlet yang ramai peminat. Ini kerana Muhammad Ali seorang atlet dan insan yang baik sama ada di dalam gelanggang atau di luar gelanggang.

Ramai mengiktiraf Muhammad Ali sebagai petinju terbaik sepanjang zaman.

Mike Tyson antara peminat setia Muhammad Ali dan menjadikan petinju legenda itu sebagai inspirasinya.

Oleh sebab itu Tyson sangat bengang dengan Floyd Mayweather yang mengklaim dirinya lagi bagus daripada Muhammad Ali.

Di dalam kariernya, Muhammad Ali banyak berdepan dengan cabaran serta suka duka. Beliau dikenali dengan gaya tinju yang menarik dan tangkas.

Lionel Messi pula dianggap antara pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman. Beliau dikenali dengan kisahnya yang bermula sebagai kanak-kanak yang ada masalah tumbesaran.

Namun berusaha mendaki sehingga ke puncak dan menjadi yang terbaik di dunia ketika bersama dengan Barcelona.

Di dalam kariernya, beliau seringkali dikaitkan dengan perseteruan dengan Cristiano Ronaldo terutama sekali ketika kedua-duanya bermain di liga yang sama di Sepanyol.

Messi kini menjadi kapten Barcelona dan pasukan kebangsaan negaranya Argentina.

Lionel Messi masih belum menandatangani kontrak bahru bersama Barcelona. Walaubagaimanapun, ramai yang percaya Lionel Messi akan terus kekal di Barcelona dan menamatkan kariernya di sana.

Messi sudah menafikan spekulasi yang menyatakan beliau sudah berbincang dengan pasukan lain untuk meninggalkan Barcelona.

Baca yang lain