Messi Siku Dan Cekik OIivera Kerana Bengang BBNU Uruguay Tiada Adab

Lionel Messi terlibat dalam satu konfrontasi di atas padang dengan pemain Uruguay. Dan kapten Argentina itu menyatakan dia kecewa dengan generasi baharu Uruguay atau BBNY negara itu yang biadap dengan orang lebih berusia.

Messi yang geram dengan pemain pemain muda tersebut telah menyiku dan mencekik Matthias Olivera. Namun pemain legenda Argentina itu tidak dilayangkan sebarang kad. Membuatkan ramai tertanya tanya kenapa pengadil tidak melayangkan Messi kad?

Ada yang menyatakan mungkin pengadil tidak jelas tentang insiden itu memandangkan ramai pemain berkerumun di satu tempat pada masa yang sama dan insiden itu berlaku sangat cepat.

Dalam pertengkaran yang lebih lanjut, pemain Uruguay, Ugarte turut mengejek Rodrigo De Paul sebagai penghisap barang Messi.

Insiden itu benar benar menyakitkan hati Messi yang menganggap generasi pada hari ini harus belajar tentang adab di atas padang terutama sekali dengan pemain yang lebih senior daripada mereka.

Menurut Messi walaupun perlawanan seperti ini akan tegang dan panas, namun adab sentiasa harus dijaga.

Semua itu telah mewarnai aksi kelayakan Piala Dunia antara Argentina dan Uruguay. Di mana Uruguay menang di hadapan penyokong Argentina di La Bombonera hasil jaringan Araujo dan Darwin Nunez.

Membuatkan penyokong tuan rumah terkedu ketika melihat La Abiceleste akhirnya menelan kekalahan dalam kempen kelayakan Piala Dunia. Argentina ketika ini bergelar sebagai pasukan nombor 1 dunia telah dikejutkan oleh pasukan yang diuruskan pengurus legenda asal Argentina iaitu Marcelo Bielsa.

Selepas tamat perlawanan Messi ditanya tentang beberapa konfrontasi berlaku atas padang melibatkan kedua dua pasukan. Dan Messi berkata: “Saya sebenarnya lebih suka untuk tidak bercakap tentang pandangan saya kepada beberapa kelakuan mereka.”

“Tetapi budak budak baru nak up ni, mereka harus belajar adab menghormati orang lebih tua. Perlawanan seperti ini tegang dan sukar. Namun sentiasa ada rasa hormat yang tinggi sesama pemain. Mereka harus belajar sikit tentang adab.”

Walaupun kalah, Argentina kekal di tangga teratas dalam kelayakan zon Amerika Selatan. Ini adalah kekalahan pertama mereka dalam pusingan kelayakan kali ini. Dengan Uruguay kini berada di tangga kedua.

Baca yang lain