Messi Tolak Tawaran €300 Juta Semusim Dari Arab Saudi Untuk Sertai Inter Miami

Lionel Messi telah memutuskan untuk tidak menyertai kelab Arab Saudi yang menawarkannya gaji sangat tinggi.

Selain itu Messi turut memutuskan untuk menolak tawaran Barcelona untuk mendapatkan beliau semula.

Barcelona sebelum ini memujuk Messi untuk bersabar agar mereka dapat mengosongkan bil gaji dan perbelanjaan untuk menampung penandatanganan Messi.

Joan Laporta tidak berselindung bahawa kelab itu sedang berusaha membawa pulang Messi.

Selain itu, Messi sebelum ini menarik minat daripada Al Hilal yang sanggup membayar Messi €300 juta semusim.

Ianya lebih tinggi daripada yang diterima Ronaldo di Al Nassr sebanyak €200 juta semusim.

Barcelona menawarkan pakej gaji €100 juta semusim. Namun dibayar dalam bentuk bonus dan hak imej eksklusif.

Wartawan pakar perpindahan Liga Sepanyol, Guillem Balague menyatakan bahawa Messi setuju untuk menyertai Inter Miami di Amerika Syarikat.

Messi sebelum ini pernah menyatakan bahawa impian dia suatu hari nanti adalah bermain di Amerika Syarikat.

Ini kerana dia dan isterinya sangat suka dengan kehidupan di negara tersebut.

Inter Miami sudah beberapa kali menghubungi Messi. Mereka bukan sahaja menawarkan Messi pakej sebagai pemain, malah pakej khas selepas bersara kelak.

Inter Miami merupakan kelab yang turut dimiliki oleh David Beckham. Dengan kehadiran Messi ke kelab itu ianya akan menguatkan pasukan tersebut.

Malah ramai membuat perbandingan Messi dengan Pele yang pernah beraksi di Amerika Syarikat pada satu ketika dahulu.

Twitter rasmi Inter Miami turut menganjing pihak yang tidak yakin bahawa kelab itu akan berjaya mendapatkan Lionel Messi.

Baca yang lain