Lionel Messi mengesahkan bahawa Piala Dunia 2022 di Qatar adalah piala dunia terakhirnya di dalam karier.
Messi kini dalam prestasi terbaiknya untuk PSG dengan menjaringkan 16 dalam 13 penampilan terakhirnya.
Dia juga sedang dalam prestasi cemerlang bersama sama dengan skuad kebangsaan Argentina.
Tetapi pemain itu mengesahkan bahawa Piala Dunia 2022 adalah yang terakhir untuknya. Jika Messi berhasrat untuk bermain dalam Piala Dunia 2026 selepas ini, dia akan berusia 39 tahun pada ketika itu.
Ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan ini adalah Piala Dunia terakhir Lionel Messi, kapten Argentina itu menjawab ringkas: “Ya tentu sekali itu yang terakhir.”
Lionel Messi announcing that this World Cup will be his last one 😔 pic.twitter.com/FG0QxGVWhd
— TheBarcaAddict (@TheBarcaAddict) October 6, 2022
Ini bermakna, Qatar 2022 merupakan peluang terakhir untuk Lionel Messi menjulang Piala Dunia dalam kariernya. Untuk mengulangi pencapaian Diego Armando Maradona.
Messi sebelum ini sudah membantu pasukan kebangsaan negaranya memenangi Copa America. Messi juga pernah membantu Argentina mara ke final Piala Dunia.
Tentang masa depannya di PSG, Messi masih belum melanjutkan kontraknya bersama kelab Paris itu. Walaupun sudah diketahui umum bahawa PSG sangat ingin untuk melihat Messi kekal.
Messi sebelum ini dilaporkan mempertimbangkan untuk kembali semula ke Barcelona sebagai ejen bebas selepas kontraknya di PSG berakhir pada musim ini.
Namun laporan sama juga menyebut bahawa Messi meletakkan syarat bahawa dia hanya akan kembali jika Gerard Pique tidak bermain lagi untuk Barcelona musim hadapan.
Janda Shakira itu dikaitkan dengan Atletico Madrid.